Sunday, December 7, 2008

Program Pra Pondok 2008 (Sesi Pertama)

Assalamualaikum,

Di sini saya paparkan pula koleksi foto dan video sepanjang program Pra Pondok 2008 (sesi pertama) yang berlangsung bermula 19hb November hingga 4 Disember yang lepas.

Semoga anda semua terutama peserta kem Pra Pondok 2008 (sesi pertama) berpuas hati dengan paparan kami di sini.

Koleksi Foto & Video

Slideshow 1


Slideshow 2


Senaman Itik Malu

Saturday, December 6, 2008

Program Pra Tahfiz 2008

Assalamualaikum,

Apa Khabar semua? Oke di sini seperti yang dijanjikan, kami tampilkan dahulu sedikit koleksi foto sepanjang program Pra Tahfiz 2008 yang berlangsung bermula 23hb November hingga 3 Disember yang lepas.

Semoga anda semua terutama peserta kem Pra Tahfiz 2008 berpuas hati dengan paparan kami di sini.

Koleksi Foto & Video

Slideshow 1

Slideshow 2

Slideshow 3

Persembahan yang menarik dari Kumpulan 2 (Perjuangan Islam)

Friday, December 5, 2008

Kemaskini: Program Pra Madrasah Darul Bayan

Assalamualaikum,

Berita terbaru

Tanggal 3 hb Desember yang lepas tamatlah program Pra Tahfiz 2008 yang bermula pada 23 hb November yang lepas.

Pada 4 hb Desember pula tamatlah sesi pertama program pra pondok dan bakal bersambung selepas cuti Hari Raya Aidil Adha iaiitu pada 12 hb Desember yang akan datang.

Foto sekitar program di atas akan dimasukkan nanti.

Sunday, November 2, 2008

Program Pra - Pondok 2008

Assalamualaikum,

Berita terbaru

Program Pra pondok 2008 secara rasmi akan bermula pada tanggal 19 November 2008. Program ini akan berlangsung selama sebulan. Yuran penyertaan yang dikenakan hanya RM200 untuk seorang (termasuk alat - alatan belajar, makan minum dan sebagainya.)

Pendaftaran telah dibuka sejak Jumaat yang lepas. Untuk Ibu Bapa yang berminat untuk menghantar anak - anak untuk menimba ilmu dan merasai pengalaman baru belajar di pondok, bolehlah datang terus ke Madrasah kami atau hubungi 013-4020955 (Ustaz Mazdi) untuk sebarang pertanyaan.

Sunday, October 12, 2008

Ruangan Forum Dibuka

Assalamualaikum,

Walaupun usia blog ini masih muda dan pengunjung hariannya juga masih tidak begitu ramai, kami cuba juga untuk membuka ruangan forum khas untuk para pengunjung blog ini.

Forum ini diharap dapat menjadi ruang mendekatkan kami (pelajar madrasah) dengan golongan masyarakat secara umum.

Sila mendaftar dan mulakan posting anda di sini

Saturday, October 11, 2008

Kem Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum,

 

Bertemu lagi. Sekarang musim persekolahan telah kembali selepas bercuti sekejap sempena perayaan Aidil Fitri yang lepas. Mungkin dikalangan pelajar sekolah sekarang sidang sibuk mentelaah kerana musim peperiksaaan akhir tahun akan tiba. 

Buat kami pelajar di Madrasah ini (terutama pelajar aliran pondok) secara rasmi 15 hb Syawal nanti tamatlah cuti panjang kami. Masing - masing akan kembali untuk menyambung pembelajaran seperti biasa.

Kem untuk para pelajar sekolah

Bulan depan (November) yang akan datang bermulalah cuti sekolah. Seperti tahun lepas, Insya-Allah kem sempena cuti hujung tahun untuk para pelajar sekolah merasai suasana belajar di Madrasah kami (pondok dan tahfiz)  akan diadakan lagi tahun ini.

Kebiasaannya seperti tahun - tahun lepas untuk program 'pra Tahfiz' berlangsung selama 10 hari. Untuk program 'pra Pondok' pula tempohnya ialah selama sebulan (mengikut pengalaman pertama tahun lepas).

Jadi, kami (pelajar madrasah) mengalu - alukan para Ibu bapa untuk menghantar anak - anak anda untuk mengalami pengalaman baru di sini di samping tujuan utama mentarbiyyahkan mereka dan menambahkan ilmu kerana pelbagai pengisian bermanfaat bakal dijalankan.

Apapun ini bukanlah kenyataan rasmi dari pihak Madrasah. Insya-Allah kami akan update maklumat terbaru jika mendapat maklumat rasmi dari pihak pentadbiran terutama tentang tarikh dan yuran yang dikenakan.

Apapun, kami (pelajar, terutama bagi pihak Darul Bayan Fasilitator Club) telah bersedia untuk menerima kedatangan bakal tetamu - tetamu kami. Anda boleh rujuk post sebelum ini - Foto - foto sepanjang Program Pra Pondok

Monday, October 6, 2008

Pondok Sungai Durian perkenal pendidikan moden

Oleh Hasliza Hassan 
bhnews@bharian.com.my  









MADRASAH Muhammadiah Pondok Sungai Durian guna pendekatan baru dalam proses pembelajaran.



Sistem tradisional, sukatan persekolahan YIK, teras pembelajaran lahir cendekiawan 

SEBUT saja pondok terbayang rumah kecil beratap rumbia macam zaman dulu dengan kemudahan yang terhad. Begitu juga dengan pondok tempat pengajian ilmu agama, persepsi sama diberikan terutama dari segi infrastruktur. 

Hakikatnya, pengajian pondok kini sudah melangkah ke fasa baru apabila sistem pendidikan serta kemudahan disediakan walaupun masih di belakang sistem sekolah berasrama penuh lain tetapi usaha dilakukan membolehkan pusat pengajian itu hampir menyamai sekolah asrama.


Contohnya, Pondok Sungai Durian (PSD) di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai yang baru menyambut Jubli Emas penubuhannya 4 Jun lalu. Daripada pondok berkonsepkan tradisional, Pondok Sungai Durian atau nama lengkapnya Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian kini bertukar wajah. 

Penasihat PSD, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, selaras perubahan masa dan keperluan pelajar, sudah tiba masanya sistem pondok yang ada sekarang ini diselaraskan dari aspek kurikulum dan sistem pelajaran. 

Katanya, sistem lama seperti pengajian kitab dari kulit ke kulit masih perlu diteruskan tetapi menggunakan pendekatan baru dengan memperkenalkan peperiksaan bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Sistem pondok tradisional ialah mengaji kitab lama dari kulit ke kulit tetapi sekarang ini tanpa sijil pelajar tidak boleh menyambung pengajian. Oleh itu, pengajian kitab lama perlu ada ujian atau peperiksaan untuk mendapatkan sijil. 

"Sambutan kepada pengajian pondok tidak pernah ketandusan. Maknanya masyarakat memang mengiktiraf sistem pondok dan kerana itu saya sarankan kurikulum dan sistem pendidikan di pondok diselaraskan bagi kepentingan pelajar," katanya. 

Beliau berkata, PSD melaksanakan dua sistem pembelajaran iaitu sistem pondok cara tradisional dan sistem persekolahan mengikut sukatan Yayasan Islam Kelantan (YIK) bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari. 

Sistem pendidikan tradisional diberi perhatian penting oleh pentadbir PSD kerana sistem itu berkesan untuk melahirkan generasi pelapis yang berwibawa. Sistem itu mengambil kira beberapa faktor antaranya teks pengajian daripada kitab silam dihasilkan ulama di nusantara atau ulama Timur Tengah.

Kaedah pembelajaran tradisional ialah membaca kitab dari awal hingga akhir pada setiap mata pelajaran dan setiap pelajar diwajibkan menghafal matan serta mesti memperdengarkan kepada guru masing-masing. 

Pengajian mengikut sistem pondok biasanya diadakan selepas solat lima waktu setiap hari mengikut jadualnya tersendiri sebagaimana sistem persekolahan. Tetapi ia lebih berbentuk umum kerana pengajian diadakan dalam masjid pondok. 

Cara pengajiannya, murid-murid akan membentuk halaqat (bulatan) mengikut pelajaran yang diajar dengan bimbingan seorang guru, atau murid akan mengikut pengajian secara umum dengan seorang guru yang mengajar berpandukan kitab tertentu. 

Dr Abdul Basit berkata, sistem pendidikan moden yang diperkenalkan PSD berjalan selama lima hari seminggu bermula dari Ahad hingga Khamis. Setiap hari kelas bermula pada jam 8 pagi dan berakhir jam 1 tengah hari. 

Katanya, pelajar akan mengikuti tujuh mata pelajaran dalam kelas menggunakan sukatan pelajaran disediakan YIK dan pihak PSD juga membuat sedikit tambahan dalam sukatan berkenaan untuk mengimbanginya dengan sukatan pondok. 

Secara keseluruhannya, mata pelajaran yang diajar di sekolah itu dibahagikan kepada tiga kategori umum iaitu Bahasa Arab, bahagian agama dan am. 

Pelajar PSD akan menduduki tiga peperiksaan dalam setahun kerana PSD juga mengeluarkan sijil kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan akhir sesi pengajian (Shahadah Thanawiah). Di samping itu, pelajar tingkatan empat diwajibkan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMU) yang dikelolakan YIK. 

"Cuma untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kita akan minta pelajar mendudukinya secara persendirian. Syukur, kebanyakan pelajar PSD yang mengambil peperiksaan SPM secara persendirian lulus dengan baik," katanya. 

Beliau berkata, sambutan terhadap pelajar pondok tidak pernah ketandusan dan itu adalah bukti jelas menunjukkan orang ramai masih percaya terhadap sistem pendidikan yang dijalankan di pondok di seluruh negara. 

Permintaan terhadap graduan lulusan pondok untuk berkhidmat sebagai imam, pendakwah dan guru agama membolehkan pelajar sekolah pondok mengembangkan kerjaya sebaik mereka menamatkan pengajian. 

PSD menerima pelajar berusia 13 tahun hingga 15 tahun yang berhajat menimba ilmu pengetahuan di sana. Hingga kini, ada 600 pelajar di PSD dan 350 daripadanya adalah pelajar umum. 

Mengimbau sejarah penubuhan PSD yang diasaskan Allahyarham Abdul Rahman Sulaiman pada 4 Jun 1958, pondok binaan kayu itu awalnya dibina dengan bantuan penduduk kampung serta kakitangan Jabatan Perhutanan tanpa sebarang bayaran. 

Asalnya pondok itu mula beroperasi di Bukit Enggong, Guchil, Kuala Krai tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke Kampung Sungai Durian kerana lokasi itu tidak sesuai dengan sistem pengajian pondok, lebih-lebih lagi dengan bilangan pelajar semakin bertambah. 

Pada peringkat awalnya, PSD hanya terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat dengan kemudahan asas dua ruang pejabat dan perpustakaan serta lapan bilik darjah dan kantin. Kini, PSD dilengkapi kemudahan asas yang boleh menampung keperluan pelajar dan penghuninya. 

Kawasan yang dahulunya hanya empat ekar, kini bertambah 12 ekar hasil pembelian tanah daripada jiran sekitar pondok. Sekembalinya Abdul Rahman Sulaiman ke rahmatullah, pentadbiran PSD diteruskan oleh generasi kedua (adik serta anak-menantu Allahyarham). 

Selepas 50 tahun beroperasi, PSD melangkah maju ke depan dan mampu berdiri sebagai salah satu pusat pengajian tradisional yang masih bertahan sehingga sekarang. PSD turut menjalinkan hubungan dengan institusi pendidikan lain antaranya Kolej Sultan Ismail Petra, Kolej Darul Ulum di Kedah dan Universiti Al-Madinah Antarabangsa (Mediu) di Shah Alam. 

Dr Abdul Basit berkata, sistem pendidikan pondok sekarang ini melengkapi kekurangan yang ada terutama bagi mereka yang ingin belajar kitab dan mendalami ilmu agama dalam suasana lebih sistematik serta selesa. 

Justeru katanya, PSD sentiasa berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur seperti menyediakan kemudahan asas bagi pelajar setanding sekolah berasrama lain yang mendapat bantuan kerajaan. 

"Masih ada yang menggunakan pondok lama kerana asrama masih tidak mencukupi. Bagaimanapun, PSD baru melancarkan dana untuk menambah bangunan memandangkan pondok lama memang tidak sesuai," katanya.

 
Dipetik dari Berita Harian

Saturday, October 4, 2008

DBFC : Kem Ihya' Ramadhan - Smart Solat

Assalamualaikum,

Mungkin agak terlewat entry kali ini, tetapi saya fikir masih perlu dimasukkan juga ke dalam blog ini. Pada 9 Sept 2008 - 11 Sept 2008 Darul Bayan Fasilitator Club (DBFC) telah terlibat dalam Kem Ihya' Ramadhan - Smart Solat yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka. Program ini berlangsung di Masjid Jamek Paka (DUNGUN).

Di dalam program ini para peserta diterapkan dengan kaifiat (cara) solat yang betul, penekanan tentang kepentingan solat, dan pelbagai pengisian yang lain. 

Antara fasilitator yang terlibat ialah Mohd Syamil Mohd Yusuff (Bro Syamil) - Ketua Fasilitator, Bro Fahzan,  Aliff Afiq AKA bro aliff (DBFC), Mohd Aizad AKA bro izzat (DBFC), Ayub (DBFC) & Yatim (DBFC)

Saturday, August 30, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq

Assalamualaikum buat semua.

Nampaknya kita akan menyambut bulan yang penuh berkat, Ramadhan Al-Mubaraq. Satu bulan yang mana kita umat Islam diwajibkan berpuasa kecuali mereka - mereka yang dikecualikan.

Puasa menurut bahasa Arab bermaksud menahan dari sesuatu seperti; menahan dari tidur, menahan bicara dan sebagainya. Manakala puasa dalam konteks syariat Islam pula bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala yang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertakan dengan niat dan syarat tertentu.

Sempena bulan yang mulia ini, janganlah kita lupa solidariti dan kesatuan umat Islam di seluruh dunia. Dengan berpuasa juga boleh membuatkan kita dapat merasai penderitaan saudara - saudara kita diseluruh negara yang diancam perang, kebuluran dan wabak penyakit.

Firman Allah di dalam Al-Quran;
(Puasa itu) pada bulan Ramadhan yang diturunkan Al-Quran pada bulan itu untuk petunjuk bagi manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk dan memperbedakan antara yang hak dengan yang bathil. (Al-Baqarah:185)

Suhubungan dengan itu, marilah kita menjadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan yang terbaik dari yang sebelumnya. Semoga kita semua bertemu dengan lailatul-qadar.

Kerana Firman Allah di dalam Al-Quran;
Malam 'Lailatul-Qadar' itu terlebih baik dari seribu bulan (Al-Qadr:3)

Wasallam,

Senarai Pusat Pengajian Islam Terengganu

Berikut adalah senarai pusat pengajian Islam di Terengganu. Kepada yang mempunyai maklumat tentang pusat pengajian Islam lain yang tidak tersenarai di sini, bolehlah memberitahu kami di sini untuk tujuan kemaskini.

Terima Kasih.

































































































































































































































































































































BILNAMA DAN ALAMAT PUSAT PENGAJIANNO TELEFONDAERAH
1Madrasah Darul IslahBESUT
Kampung Padang Luas, Jerteh
2Madrasah Falahiah09-5941280BESUT
Kampung Pondok Paku, Kerandang, Jerteh
3Pondok Mutlain Badrain09-6922964BESUT
Jabi, Besut, Terengganu
4Madrasah Al -QuranBESUT
Gong Lilit, Jerteh, Besut, Terengganu
5Madrasah An - Nur, Tok KundurBESUT
Bukit Kenak, Jerteh,
6Madrasah Al - Baqiatus SholihatK. TERENGGANU
Pecah Rotan, Batu Rakit
7Madrasah Al - Diniah IslamiyyahSETIU
Pondok Langkap Baru
8Pondok Bukit Jong012-9362387K. TERENGGANU
Tepoh
9Pondok Bukit PuteriSETIU
10Madrasatul QuranK. TERENGGANU
Kubang Bujuk, Serada,
11Madrasah Darul SalamK. TERENGGANU
Kampung Losong Hj Mat Shafei,
12Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul ImanKUALA NERUS
13Madrasah Darul Ehsan09-6153559K. TERENGGANU
Kampung Kubang Lembik, Manir
14Madrasah Darul Taqwa013-9357742K. TERENGGANU
Kampung Batu 6
15Pondok Darul SalamK. TERENGGANU
Kuala Ibai
16Maahad Darul Quran09-6172488MARANG
Kampung Rusila
17Madrasah Maziatul Ulum09-6196242K. TERENGGANU
Bukit Payung
18Madrasah Batu 22019-9477485H. TERENGGANU
Kuala Berang
19Madrasah Darul Ikhwan09-6803297MARANG
Kampung Lubuk Pandan
20Pondok Sungai BariBESUT
Pondok Hj Lah Apal, Kampung Apal
21Madrasah Darul Bayan09-8274177DUNGUN
Kampung Pinang Merah, 231000 Paka
22Maahad Tahfiz Pinang MasDUNGUN
Bukit Besi, Dungun
23Pusat Pengajian Taman Islam09-8591943KEMAMAN
Cukai, Kemaman
24Madrasah As - Siratul Mustaqim013-9283831 (s/u)KEMAMAN
Binjai, Kemaman
25Madrasah Darul Taqwa, CukaiKEMAMAN
Cukai, Kemaman
26Maahad Tahfiz Al - ItqanKEMAMAN
Kampung Labohan, Kerteh, Kemaman

Tuesday, August 26, 2008

Malam Perpisahan Pelajar Pondok 2008

Assalamualaikum,
Bertemu lagi kita. Kali ini saya cuma ingin paparkan sedikit Foto dan video Malam Perpisahan atau lebih dikenali dengan sebutan 'Malam Akhir' oleh pelajar - pelajar pondok kami yang berlangsung baru - baru ini (malam 16 hb Ogos)

Ucapan Timbalan Presiden Perwakilan Pelajar Pondok Pinang Merah - Saudara Amir Hussin bin Mohamed



Ucapan Abuya Amir Hussin 1/4 | 2/4 | 3/4 | 4/4

Malam Program Dewan

Seperti yang dijanjikan saya bawakan sedikit sorotan program dewan yang dianjurkan oleh para pelajar pondok pada malam 15 hb Ogos yang lepas (bersamaan 14 Syaaban 1429) sempena menyambut cuti penggal pondok.

Antara persembahan pada malam ini ialah,

- Pembukaan ; Ahmad Hakimin memperdengarkan bacaan Al - Quran dan di terjemah oleh Abuya Amir Hussin.

- Persembahan nasyid berjudul 'Rasulullah' oleh Aminuddin Makter (Amir)

- 'Khutbah Jumaat' oleh bro.izzat & Ubai

- Persembahan nasyid berjudul 'Sunnah Orang Berjuang' dari Basyir Munziri

- Persembahan nasyid Teman Sejati Oleh Kimi & Mamat

- Persembahan lakonan Oleh Iqbal (Keba), Syami, Syafiq, Amir, Zul & bro.izzat

- Persembahan nasyid berjudul 'Damai Yang Hilang' & 'Kau Sahabat Kau Teman' oleh Iqbal, Zul & bro.izzat

- Persembahan lakonan oleh Alias (Pok Ya), Pekan & Fizi

- Persembahan nasyid berjudul 'Nostalgia' dari Iqbal, Zul, Amir & bro.izzat

- Persembahan nasyid khas (penutup) dari Abuya Amir Hussin



Dari kiri; Iqbal, Zulhusni dan bro.izzat

Jika dilihat senarai aturcara yang dibuat, muka - muka yang sama sahaja yang tampil membuat persembahan. Keadaan ini berlaku kerana ramai pelajar yang pulang lebih awal dari tarikh rasmi yang yang ditetapkan (17 hb Ogos) dan menjadikan program - program terakhir sebelum cuti kali ini menjadi yang paling hambar sekali. Mujur program dewan ini dihadiri juga oleh sebahagian para pelajar maahad tahfiz yang menambahkan seri dan 'mood' program ini.

Wasallam...

Saturday, August 23, 2008

Perlawanan Bolasepak Persahabatan

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya sertakan sedikit foto sepanjang perlawanan ini berlangsung dari 10 - 12hb Ogos 2008 yang lepas. Di bawah ini saya sertakan beberapa keping foto menarik sepanjang perlawanan bolasepak persahabatan ini.

Foto - foto (mungkin juga video) program dewan dan program 'Malam Akhir' akan dimasukkan dalam entry yang akan datang (Insya-Allah)


Antara aksi menarik yang sempat dirakam



Keeper - Shihabuzzuhri tgh rilek tunggu bola    Zul - Tukang bekal minuman untuk pemain





Lagi aksi menarik



Itu dia, Ubaidillah hendak melempar bola



Saat mendebarkan - Menanti sepakan sudut





Bersemangat betul



Itu dia Iqbal @ Keba cuba merebut bola dari Aliff

Tuesday, August 19, 2008

Cuti Pondok

Assalamualaikum,

Nampaknya para pelajar Pondok Pinang Merah telah mula bercuti bermula 17 hb Ogos yang lepas, bersamaan 15 Syaaban 1429 Hijriah sehinggalah seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Ada juga beberapa orang pelajar yang lebih gemar terus diam di pondok, samada untuk bekerja sambilan ataupun memperbanyakkan amalan ataupun mentelaah kitab - kitab.

Bagi pelajar Maahad Tahfiz pula diberi cuti selama seminggu sejak 17 hb yang lepas, dan akan mula cuti sekali lagi seminggu sebelum Hari Raya.

Itu antara butiran serba ringkas mengenai kami sebagai penuntut Madrasah. Kebiasaannya, untuk sessi pembelajaran pondok yang akan datang, ramai muka - muka baru yang akan masuk ke sini dan ramai pula yang pergi meninggalkan teman - teman yang lain.

Insya-Allah untuk entry akan datang saya akan masukkan gambar - gambar menarik program yang sempat kami jalankan sebelum cuti (sblm 17 hb Ogos), dan juga gambar - gambar kenangan kami sepanjang tahun.

Wasallam...

Wednesday, July 23, 2008

Hari Keluarga Darul Bayan Development

Darul Bayan Development telah mengadakan Hari Keluarga pada 20 Julai 2008 yang lepas. Program ini telah berlangsung di Rumbia Resort, Paka.

Di bawah ini saya sertakan gambar - gambar menarik sepanjang program ini.

Wednesday, July 9, 2008

Kempen Membayar Zakat

Assalamualaikum,


Kempen Jualan Saham Wakaf Pendidikan dan Kempen Membayar Zakat


Seperti tajuk di atas, pihak kami mengalu - alukan pihak yang berkenaan khususnya syarikat atau individu di negeri Terengganu untuk memberikan sumbangan berbentuk kewangan melalui 'Saham Wakaf pendidikan' mahupun dengan membayar zakat (Dikecualikan dari cukai pendapatan) kepada pihak Madrasah untuk tujuan pembiayaan para penuntut ilmu agama di sini.


Untuk sebarang urusan, sila hubungi 09-827 2577 / 09-983 4780 atau email - albayan_majalah@yahoo.com atau terus berurusan di pejabat kami di alamat Lot 852, Kg Pinang Merah, 23100 Paka DUNGUN Terengganu Darul Iman.




Sabda Nabi Muhammad SAW;


Barangsiapa wajib atasnya zakat maka tiada memberi ia akan dia bagi mustahaqnya (yang lebih berhak) maka nerakalah baginya. AL-HADITH



Monday, July 7, 2008

Koleksi Foto Pelajar Pondok & Tahfiz Pinang Merah

Assalamualaikum. Kali ni saya masukkan sedikit foto para pelajar Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan (Pondok & Ma'ahad Tahfiz Pinang Merah).




Saturday, July 5, 2008

Koleksi Foto Perkhemahan (Chemerong 2008)

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan saya masukkan sedikit foto sepanjang program perkhemahan yang bertempat di Hutan Lipur Chemerong, Dungun pada 11hb & 12hb Mei 2008. Tentang foto perlawanan bolasepak baru - baru ni tak dapat dimasukkan kerana dengan sedikit kecuaian, segala imej dalam kamera yang berkenaan telah terpadam kesemuanya.

Okelah, di bawah ini saya paparkan sedikit foto untuk tatapan semua.

Sunday, May 18, 2008

Keutamaan Ilmu Pengetahuan

KELEBIHAN ILMU PENGETAHUAN


1. Firman Allah SWT Bermaksud;


“Allah SWT mengakui bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain daripadanya dan malaikat – malaikat mengakui dan orang – orang berilmu yang tegak dengan keadilan”


(Al-Imran:18)


2. Firman Allah SWT Bermaksud;


“Diangkat oleh Allah SWT orang – orang beriman daripada kamu dan orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat”


(Al-Mujadalah:11)


KEUTAMAAN MENGAJAR


1. Firman Allah SWT Bermaksud;


“Dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka. Mudah – mudahan mereka dapat berjaga – jaga (dari melakukan larangan Allah SWT)”


(At-Taubah:122)


2. Firman Allah SWT Bermaksud;


“Dan ingatlah ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang – orang yang telah diberikan kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali – kali kamu menyembunyikannya”


(Al-Imran:187)


3. Hadith Nabi SAW bermaksud;


“Bahawasanya Allah SWT, malaikat-malaikatNYA, isi langit dan bumiNYA, sampai dalam lubang dan ikan di lautan, semuanya berdoa kebajikan kepada orang yang mengajarkan manusia”


(Hadith riwayat Tarmizi dari Abi Amamah)


KEUTAMAAN MENUNTUT ILMU


1. Hadith Nabi SAW bermaksud;


“Mencari ilmu pengetahuan adalah wajib ke atas setiap orang Muslim”


(Diriwayatkan dari Ibn Abd Barr)


2. Hadith Nabi SAW bermaksud;


“Andaikata engkau berjalan, kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu pengetahuan, maka itu adalah lebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat”



(Diriwayatkan dari Ibn Abd Barr)


3. Hadith Nabi SAW bermaksud;


“Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan menempuhkan suatu jalan untuknya menuju ke syurga”


(Diriwayatkan oleh Muslim)

Peristiwa menarik dari April – Mei 2008

Sepanjang April hingga Mei ni beberapa peristiwa dan aktiviti telah dijalankan para pelajar pondok. Antaranya;

24 - 26 April – Perlawanan bolasepak sesama pelajar.

11 & 12 Mei – Program perkhemahan di Hutan Lipur Chemerong, Dungun.

Insya-Allah dalam entry yang akan datang saya akan masukkan foto - foto menarik kedua-dua peristiwa tersebut.

Thursday, May 15, 2008

Buletin Al-Bayan

Pihak Madrasah sejak tahun lepas telah menerbitkan makalah bulanan yang diberi nama 'Al-Bayan' . Bertemakan "Penyalur Ilmu, Penggarap Intelektual" kini sudah menjangkau edisi yang ke 12. Makalah ini boleh didapati di kedai-kedai buku di sekitar Dungun. Antara kolum yang menarik ialah 'Jejak Sufi', 'Syirik Moden' dan lain - lain lagi.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan atau melanggan bolehlah datang terus ke madrasah kami atau hubungi 09-983 4780/019-936 0774 (En. Mazlan) atau emelkan saja ke albayan_majalah@yahoo.com

Tuesday, May 6, 2008

Memohon Sumbangan


Tarikh : 29 Rabiul Akhir 1429


06 May 2008




Tuan Yang Budiman,


Assalamualaikum wbt.




MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROGRAM PELAJAR PONDOK PINANG MERAH




Perkara di atas dengan rendah hatinya adalah dirujuk.



2. Berhubung perkara di atas, suka dinyatakan bahawa pihak Perwakilan Pelajar Pondok Pinang Merah memerlukan dana dan sumbangan dari pihak tuan / puan untuk tujuan aktiviti – aktiviti para pelajar di sini.



3. Antara tujuan derma tersebut ialah untuk menjalankan program seperti Tamrin, Rehlah, lawatan sambil belajar dan lain – lain lagi yang sudah dirangka sebagai program tahunan kami ke arah membentuk sahsiah yang tinggi untuk para pelajar.



4. Sehubungan dengan itu, pihak Madrasah memberi ruang dan peluang kepada tuan / puan untuk sama - sama berkorban dan membuat amal jariah untuk bekalan akhirat, di samping dapat meringankan tanggungan. Segala sumbangan tuan / puan boleh dihulurkan terus kepada bendahari perwakilan pelajar (saudara Nasrul Rahman) atau melalui Akaun Maybank - 163082082469 (Mohd Aizad bin Zulkifli) PENTING: Diharapkan segala sumbangan menggunakan perkhidmatan Maybank2u & meletakkan alamat emel penerima (darulbayan@newbreeder.com) untuk memudahkan kami membezakan status wang yang berkaitan.


Semoga segala sumbangan , doa dan sokongan tuan / puan dalam menjayakan objektif kami dan mendapat limpahan ganjaran dari Allah swt. Kami dahului segala kerjasama tuan / puan dengan ucapan setinggi- tinggi terima kasih.



Sekian,



Yang Menjalankan Amanah




Syamil


..............................


MOHD SYAMIL BIN CHE ANUAD


Setiausaha Badan Perwakilan Pelajar, Pondok Pinang Merah

Thursday, April 24, 2008

Pemberitahuan

Assalamualaikum.

Ini entry pertama untuk blog ini. Blog asal kami (Pelajar Madrasah Darul Bayan, Paka) boleh dilayari di http://darulbayan.blogspot.com/.

Terima Kasih.