Friday, November 12, 2010

Cuti Aidil Adha

Sempena hari raya Aidil Adha (Hari Raya Haji), para pelajar Pondok Pinang Merah akan bercuti pengajian bermula 11 November 2010 hingga 22 November 2010.

Semoga dalam pada bercuti tu, para pelajar tak lalai sangat waktu cuti ni.. :)

Monday, October 25, 2010

Kem Pra Pondok 2010

Bermula 26 hb November yang akan datang kem Pra-Pondok kali ke 4 bakal dianjurkan oleh pihak Pondok Pinang Merah. Para Ibubapa dan penjaga yang berminat untuk menghantar anak - anak mereka untuk mengisi cuti persekolahan dengan aktiviti yang berfaedah. Insya-Allah...

Program ini bakal berlangsung selama 2 minggu.

Berminat? Hubungi talian di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut;

Urusan Pra-Pondok;

013-4020955 - Ustaz Mazdi Hj Su

Urusan Pra-Tahfiz;

019-9830818 - Ustaz Mohd Aruddin

Sunday, October 24, 2010

Sambutan 10 Tahun SRI Darul Bayan

Sambutan 10 Tahun Sekolah Renda Islam Darul Bayan bakal diadakan pada 5, 6 & 7 November 2010. Semua dijemput hadir

1 Dekat: Membina Generasi Al-Quran

Kem Bestari Solat, SMK Paka

Pada 19, 20 & 21 hb Oktober yg lepas, pihak Badan Perwakilan Pelajar, (Darul Bayan Fasilitator Club) telah diberi kepercayaan untuk memberikan sedikit sumbangan dalam program Kem Bestari Solat yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Dungun Terengganu.

Program yang menekankan hal - hal berkaitan solat dan kepentingan solat ini diharap dapat memberi kesan kepada para perserta. Insya-Allah...

Di bawah disertakan sedikit gambar - gambar di sekitar program.


Monday, September 27, 2010

Selamat Belajar & Pelajar Ke Yaman

Bermula 25 hb September yang lepas, para pelajar Pondok Pinang Merah memulakan sessi pengajian mereka setelah bercuti panjang selama lebih kurang dua bulan.

Berita yang lain: Pelajar Pondok Pinang Merah* yang dihantar untuk menyambung pengajian ke Yaman berlepas dari KLIA pada jam 10:00AM (26hb September) selamat sampai ke Sana'a Yaman lebih kurang jam 10:00 PM waktu Yaman atau 3:00AM waktu Malaysia.

Kami di sini mengharapkan mereka berdua berusaha bersungguh - sungguh untuk menuntut ilmu di sana. Moga - moga bila pulang nanti dapat berkhidmat untuk menyampaikan Islam untuk semua. Insya-Allah.

* Mereka adalah Nasrullah bin Awang Muda dan Muhammad Syamil bin Che Anuad

Saturday, September 11, 2010

Institusi Pondok - Pro dan Kontra

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
أما بعد

Bila disebut tentang pengajian pondok, apa yang terlintas di fikiran kita? Kebanyakan dari kita menggambarkan pengajian pondok merupakan suatu pendidikan yang selekeh, kolot, tiada masa depan dan lain - lain persepsi yang buruk - buruk belaka. Persoalannya, apakah semuanya ini benar?

Sejarah Pengajian Sistem Pondok

Sistem pengajian pondok di negara kita bermula sekitar abad ke 20 atau hujung abad ke 19 lagi. Dikatakan Kelantan merupakan negeri yang memulakan sistem pengajian pondok walaupun dari segi sejarah kedatangan Islam, tiada tanda - tanda atau artifak yang menunjukkan kedatangan Islam seperti negeri Terengganu yang terkenal dengan sumber sejarah yang mahsyur iaitu Batu Bersurat. Apapun dikatakan Pondok pertama yang didirikan di Kelantan ialah di Pulai Chondong (1820M).

Sistem Pendidikan Pondok

Sistem pengajian pondok yang berasaskan 'talaqqi' kitab - kitab 'thurat' samada kitab - kitab Arab ataupun Melayu (jawi) ini merupakan satu sistem yang telah melahirkan banyak tokoh di tanahair kita dan membasmi buta huruf sebelum kedatangan sistem pengajian dari barat suatu masa dahulu. Sistem pengajian yang menekankan pengajian 'dari kulit ke kulit' ini menjadikan para pelajar lebih memahami sesuatu ilmu itu secara mendalam walaupun ianya mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan sesebuah kitab pengajian.

Realiti

Pengajian pondok di zaman yang serba canggih sekarang ini sebenarnya telah banyak berubah. Samada dari segi pengajaran mahupun pelajarnya walaupun sistem pengajian itu sendiri tidak banyak berubah. Pengajian bertalaqqi dan pengajian 'kulit ke kulit' masih diteruskan tetapi institusi pondok kebanyakannya dipenuhi oleh para pengajar, para pelajar dan mereka yang berkaitan dengan institusi ini yang tidak dapat mengangkat atau membela institusi pondok yang diperlekehkan oleh sebahagian masyarakat. Antara penyebabnya ialah;

1. Pihak atasan pondok yang terlalu sibuk dengan aktiviti selain dari mengajar dan mendidik.

Tidak salah untuk para tenaga pengajar menjalankan aktiviti lain untuk mendapatkan rezeki atau berkhidmat untuk masyarakat atau sebagainya, tetapi janganlah sampai mengabaikan para penuntut ilmu terkapai - kapai. Ini dapat dilihat dengan berkuburnya beberapa pondok kerana para guru mereka sibuk untuk 'mengubat orang' ataupun berniaga.

2. Sikap jumud (beku) pihak atasan pondok

Pihak pengurusan atau para pengajar yang tidak bersedia menerima idea - idea baru untuk memperbaiki sistem pengajian merugikan institusi ini sendiri terutamanya para pelajar. Mereka seharusnya bersikap terbuka dalam pelbagai sudut selagi mana tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat dan menerima pandangan dari pihak lain dengan dada yang lapang dan mempertimbangkannya. Sikap beku mereka ini sebenarnya menghalang kemajuan sistem pendidikan sebegini.

3. Sikap Ibubapa dan penjaga yang tidak bertanggungjawab

Sebahagian dari ibubapa dan penjaga yang menghantar anak atau tanggungan mereka yang bermasalah sahaja. Mereka mengganggap pengajian pondok sebagai 'pilihan terakhir' bagi anak atau tanggungan mereka. Mereka hanya akan menghantar anak atau tanggungan mereka ke pondok jika anak - anak pelajar itu merupakan pelajar yang bermasalah, terlalu bodoh dan sebagainya. Ini menjadikan institusi pondok dipenuhi oleh mereka yang bermasalah dan sekaligus menambahkan lagi imej buruk terhadap institusi ini.

4. Sikap pelajar yang tidak tahu tujuan mereka belajar

Disebabkan kebanyakan dari mereka dipaksa untuk belajar di pondok, kebanyakannya gagal melihat apa tujuan sebenar mereka belajar yang mengakibatkan sebahagian lepasan pengajian pondok gagal menunjukkan imej yang baik kepada pondok. Ini menambahkan persepsi buruk dari masyarakat.

Penutup & Harapan

Selain dari sebab - sebab di atas, mungkin ada beberapa penyebab lain yang mungkin telah diketahui oleh anda semua yang tidak perlulah dinyatakan di sini seperti sikap pemerintah sendiri yang meminggirkan sistem pendidikan sebegini dan juga sikap masyarakat sendiri yang menjadikan imej sistem pengajian ini semakin buruk.

Apapun diharapkan pihak pengurusan pondok dan para pelajar bersedia untuk berubah supaya lebih terbuka dari segi pengambilan ilmu, sistem pembelajaran dan sebagainya bagi memperbaiki kelemahan yang ada. Bagi pemerintah, ibubapa, penjaga dan masyarakat pula diharap memberi sokongan yang sepatutnya untuk melahirkan generasi berilmu yang bakal turun ke masyarakat untuk memperbaiki kerosakan yang ada.


Allahu a'lam...

Mohd Aizad bin Zulkifli (Badan Perwakilan Pelajar Pondok Pinang Merah)
Artikel asal di sini

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri

TaqabbalAllahu minna wa minkum...

Buat semua pelajar Madrasah Darul Bayan terutamanya pelajar Pondok Pinang Merah, dalam bergembira di Hari Raya, janganlah sampai lupa diri. Semoga Allah menerima amal - amal soleh kita. Amin..

Oh ya, jangan lupa datang pondok pulak. Kalau boleh datang awal sebab 2 orang kepimpinan pelajar (Saudara Nasrullah & Syamil) bakal melanjutkan pengajian mereka ke Sana'a, Yaman. Mereka bakal berlepas 16 Syawal ni. Kalau datang awal, insya-Allah boleh jumpa dulu mereka. :)

Saturday, July 24, 2010

Majlis Tafaqquh Fiddin

Pihak Madrasah Darul Bayan menganjurkan program di ambang ramadhan yang menampilkan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makkiy

Tarikh : 7, 8 & 9 Ogos 2010 Masihi bersamaan 26, 27 & 28 Syaaban 1431 Hijriah
Tempat : Masjid Pinang Merah, PAKA, Dungun Terengganu

Penginapan disediakan.
Sila hubungi; Cikgu Che Wan Mustaffa (019-9127183), Ustaz Mazdi (013-4020955)

Para pencinta ilmu dijemput hadir

Malam Kesenian Islam 2010

Malam Kesenian Islam 2010
Sempena Majlis Ihtifal Pelajar Pondok Pinang Merah 2010
Bermula jam 5:00 petang - 12:00 Malam 

Pada 25 hb Julai bersamaan 13 Syaaban yang akan datang akan diadakan majlis akhir tahun para pelajar Pondok Pinang Merah. Antara aturcara yang bakal diadakan antaranya ialah;

- Persembahan beberapa kumpulan nasyid
- Persembahan Qasidah Burdah
- Sketsa pelajar pondok
- Cabutan bertuah
- Gerai pameran dan jualan Palestin

Bekas Pelajar dijempurt hadir.

Tuesday, July 13, 2010

Peperiksaan Sesi 2010


Bermula 18 hingga 22 hb Julai ini, para pelajar Pondok Pinang Merah bakal menghadapi peperiksaan sesi 2010 sebelum bercuti panjang selama lebih kurang 2 bulan.

Selamat berusaha sahabat - sahabatku..!

Sunday, May 30, 2010

Ini Entry Pertama

Ini entry pertama bagi blog ini. Pihak Badan Perwakilan Pelajar terpaksa memindahkan blog kami dari http://www.newbreeder.com/darulbayan/ kepada blog ini yang di hosted oleh blogger.com kerana beberapa sebab yang tak dapat dinyatakan di sini.

Apapun, segala aktiviti kami, terutama berkenaan pelajar Pondok Pinang Merah, Madrasah Darul Bayan akan diupdate di sini.

Harap Maklum.

Friday, March 19, 2010

Ijtima' telah selesai...

Agak lewat sikit update untuk Ijtima' Pondok & Pusat Pengajian Islam se-Terengganu. Bahan - bahan pun tidak mencukupi untuk melengkapkan entry kali ini kerana sibuk dengan tugas yang lain.



Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang telah berlangsung dari 4 - 6 hb Mac yang lepas ini bolehlah mendapatkannya melalui pautan - pautan yang disediakan di bawah.

Darul Bayan || Ustaz Saiful Bahri || Dr Shafie || Syabab Paka

Thursday, March 18, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijriah

Seperti tahun lepas, pada 27hb Feb 2010 bersamaan 13 Rabi'ul Awwal 1431 H pihak Pondok Pinang Merah telah mengadakan program dan majlis sempena mengingati kelahiran Rasulullah Shollallahu 'alahi wa sallam. Di bawah sedikit gambar sepanjang program kami.

Seminar Islam Anti Terorisme
























































Ahad 28 Mac 2010
8.00 amPendaftaran & Sarapan
9.00 amUcapan oleh Presiden An-Nidaa

Ucapan oleh Prof Madya Datuk Dr Azraie Hj Idris

Ucapan oleh YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir (Timb Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri)

10.15 amPembentangan 1: Ahli Sunnah VS Terrorist


oleh Dr. Azwira Abdul Aziz(UKM)
11.30 amPembentangan 2: “Toleransi Agama antara Islam dan Penganas”


oleh Ustaz Sofwan Badrie (Presiden An-Nidaa)

-

12.45 amMakan tengah hari & Solat Zohor
2.00 pmPembentangan 3: “Fiqh jihad di sisi ASWJ?”

oleh Ust Fathul Bari Mat Jahya ( Penasihat Agama Institut Jantung

Negara)
3.15 pmPembentangan 4: “Hikmah dalam ber dakwah: antara ASWJ dan terrorist”

oleh Ust. Rasul Dahri (Pendakwah Bebas)
4.30 pm Minum petang & Solat Asar

5.00 pmPembentangan 5: “Fiqh Mencegah Kemungkaran antara ASWJ & Terrorisma ?”


oleh Dr. Johari Mat ( KIAS)
6.15 pmRehat

8.00 pm

8.15 pm
Ucapan oleh Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UM

Ucapan Oleh Presiden Penaja Pertubuhan Cendiakiawan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia.

Forum: “1Malaysia Memerangi Terrorisma

Ahli-ahli Panel: Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin (Mantan Mufti Perlis)

Prof Madya Datuk Dr Azraie Hj Idris (Timbalan Naib Canselor UM)

Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara)

Moderator: Saudara Kamarul Hisham (peguam)
11.00 pmProgram tamat

Sunday, February 28, 2010

Ijtima' Pondok & Pusat Pengajian Islam Se-Terengganu

Pada 4, 5 & 6 Mac 2010 yang akan datang, Madrasah Darul Bayan akan menganjurkan Ijtima' ini yang bertemakan "Warisan Nabawi Pemangkin Ummah"

Antara yang dijadualkan hadir untuk forum, kuliah dan pembentangan kertas kerja dalam program ijtima' yang akan diadakan selama 3 hari ini ialah;

-  Ustaz Abu Bakar Chik,
-  Ust Mokhtar Senik
-  Ust Hussein Awang
-  Ust Saiful Bahri Mamat (Ketua Dewan Ulama Terengganu)
-  YB Ust Nasaruddin Mat Isa
-  Dr Basri Ibrahim (Pensyarah UDM)
-  YB Dr Syafei Abu Bakar (Bangi, Selangor)
-  Ust Zaidi Pondok Lubuk Tapah
-  Ust Asmuin b Syamsuddin Al-Jambi
-  Ust Azhar bin Idrus
-  Ust Saifuddin Abdul Rahman
-  Ust Mohd Khairuddin At-takiri
-  Ust. Subki Abdul Rahman (Mudir Pondok Repek)
-  YB Dato' Isa Ismail (Speaker DUN Kedah)
-  Dan ramai lagi...

Bekas Pelajar, dan pelajar pondok & pencinta Islam dijemput hadir..!


Friday, January 29, 2010

Video Menarik: Do YOU Know الله ?

Saya amat tertarik dengan video ini. Masya-Allah, umur masih muda, tetapi sudah nampak keterampilannya. Secara peribadi saya sendiri malu dengan hebat hafalan - hafalan beliau.

Thursday, January 28, 2010

Darul Bayan @ Facebook

Assalamu 'alaikum...

Markaz Tarbiyyah Islamiyyah kini di Facebook. Laman yang berbentuk komuniti (kumpulan) ini bertujuan membina rangkaian antara para pelajar & bekas madrasah untuk kebaikan bersama.

Anda boleh menyertainya di sini
Photobucket
Apapun untuk hukum 'berfacebook' anda boleh rujuk di sini;

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Friday, January 22, 2010

Pondok Lubuk Tapah Terbakar

PASIR MAS 22 Jan – 3 berek pelajar lelaki Pondok Lubuk Tapah musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 pagi tadi. Berita lanjut akan menyusul kemudian kerana pihak kami masih berusaha untuk mendapat maklumat lanjut daripada pihak pentadbiran

Sebarang sumbangan bolehlah hubungi pejabat pondok berkenaan di talian : 09-7905672 atau saudara Azlan 014-5064930



diambil dari; epondok.wordpress.com

Saturday, January 16, 2010

Majlis Muhadharah Pertama 2010

Majlis Muhadharah yang pertama bagi tahun 2010 ini telah berlangsung pada 2 Januari 2010 yang lepas. Sebenarnya, program yang dicadangkan oleh Ustaz Sakohar ini telah dirancang sebelum program Kem Pra-Pondok 2009 berlangsung.

Selepas ditangguhkan beberapa kali, akhirnya berjaya juga diadakan. Alhamdulillah... Majlis seperti ini diharap dapat menjadikan pelajar pondok lebih bersahsiah dan berketrampilan untuk berhadapan dengan masyarakat bila tamat pengajian nanti.

Mengikut perancangan, majlis seperti ini akan dilakukan 2 minggu sekali. Diharapkan para pelajar semua dapat beristiqomah melakukannya lagi. Insya-Allah...

Kem Pra Tahfiz 6 - 15 Dec 2009

Pada 6 - 15 Dec 2009 yang lepas telah berlangsung Kem Pra Tahfiz kali ke-2 untuk tahun 2009. Di sini disertakan sedikit gambar selama program tersebut berlangsung.

Sunday, January 10, 2010

Kenduri Itik 2009

Pada 31 Disember 2009 yang lepas, sebanyak 200 ekor itik telah disumbangkan kepada Madrasah Darul Bayan. Hari ni, pelajar pondok 'public holiday'. Masing - masing bergotong royong menyiang itik - itik ini.

Bagi sebahagian besar antara kami, inilah pertama kali seumur hidup menyiang atau memakan daging itik. Ada juga yang tak lalu nak makan... Hehe... Apapun di bawah disertakan gambar sekitar hari tersebut...

Apapun, terima kasih kepada penyumbang itik..!

Saturday, January 9, 2010

Program 'Kacau Bubur Ashyura' 2009

Pada 27 Disember 2009 yang lepas, para pelajar Pondok Pinang Merah telah melakukan aktiviti 'Kacau Bubur Ashyura'. Aktiviti ini sebenarnya lebih kepada mengeratkan hubungan sesama kami dengan melakukan aktiviti bersama - sama. Di sini disertakan sedikit gambar dan video yang berkenaan.

26 Disember - Persediaan untuk esok. Angkat kayu Api



Gambar sekitar program kacau bubur Ashyura

Kem Pra Pondok 6 - 19 Disember 2009

Assalamualaikum, seperti yang dijanjikan sedikit coretan tentang Kem Pra - Pondok 2009 kami hidangkan di sini. Segala kelewatan, amat dikesali.

Program Kem Pra Pondok 2009, yang berlangsung selama 2 minggu (6 - 19 Disember 2009). Walaupun hanya berlangsung selama 2 minggu (sebelum ini berlangsung selama sebulan), peserta dan aktikiti program semua dalam keadaan baik. Alhamdulillah.

Di sini disertakan sedikit video & gambar sekitar program ini.

Sessi selingan waktu sessi Bimbingan Solat



Riadah di Padang 'Periuk Api'



Slideshow sekitar program berlangsung