Thursday, December 27, 2007

Foto - foto sepanjang Program Pra Pondok

Assalamualaikum buat teman - teman semua. Seperti yang dijanjikan, pada entry kali ini, kami paparkan sedikit foto dari koleksi kami selama program Pra - Pondok 07 berlangsung.






Antara 'Lagu Rasmi' dalam Kem Pra-Pondok



 


Saturday, December 22, 2007

Kemaskini Disember 2007

Assalamualaikum buat teman - teman semua. Kali ni saya cuma nak update tentang apa yang berlangsung di Madrasah Darul Bayan semenjak dua menjak ni.



17 NOV 2007 hingga 17 DEC 2007

Program 'Pra Pondok' berlangsung. Para peserta program terdiri dari yang berumur 8 tahun sehingga 16 tahun dari pelusuk negara.

Program ini pertama kali dijalankan oleh pihak madrasah. Kiranya ini satu permulaan dan insya-Allah akan diadakan lagi untuk tahun - tahun hadapan.

Antara pengisian dalam program ini ialah seperti kursus 'smart solat', pengurusan jenazah, program motivasi, kembara malam, dan banyak lagi modul yang diterapkan sepanjang sebulan mereka (peserta pra pondok) di sini.



nota: Koleksi foto peserta pra pondok akan dimasukkan dalam entry yang akan datang. Insya-allah.

8 NOV 2007 - 17 DEC 2007

Program 'Pra Tahfiz' berlangsung. Program ini telah saban tahun dijalankan, kiranya perjalanna program lebih teratur jika hendak dibandingkan dengan program 'Pra Pondok' yang berlangsung selama sebulan.

 


Sekian dulu buat waktu ini. Salam...

Friday, August 17, 2007

Kawasan Pondok

Oke kat bawah ni saya paparkan foto kawasan Pondok Pinang Merah yang terbaru.


Wednesday, July 4, 2007

Jom kenal : Ustaz Saiful


- Ustaz Saiful -




Inilah mudir madrasah kami, Ustaz Saiful Bahari Mamat. Setiap kali beliau memberi ceramah, kuliah atau khutbah begitu menarik sekali caragaya penyampaiannya (bagi saya lah...). Maklum, orang politik. Apapun, tak selalu juga beliau masukkan unsur - unsur politik. Terutama bila memberikan kuliah - kuliah kepada para penuntut di madrasah ini.


Jom kenal : Pok


- Pok -


'Pok' atau nama sebenarnya Azam merupakan antara penuntut yang 'senior' di Pondok Pinang Merah ni. Senior dari segi umurlah. :P Sudahlah segak , pandai pula mencanting batik. Kreatif sungguh.



Jom kenal : Abuya @ Abe


- Abuya -


Itu dia Muhammad Amir Hussin atau lebih dikenali dikalangan kami sebagai 'Abuya' atau 'Abe'. Berasal dari Felda Sahabat, Lahad Datu Sabah. Berumur 22 tahun (lahir tahun 1985). Beliau merupakan salah seorang dari saf pengawas (Pengawas Tarbiyyah).



Salam dari pengelola blog.


- Logo Madrasah Darul Bayan -


Assalamualaikum, salam perkenalan dari saya (Mohd Aizad Zulkifli), pengasas/founder blog ni. Tujuan saya buka blog ni adalah lebih kepada untuk merapatkan silatulrahim, ataupun lebih tepat, utuk mengabadikan pengalaman hidup belajar di 'pondok' / madrasah / pesantren. Khasnya untuk para penuntut di Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan, Kampung Pinang Merah, Paka, Terengganu Darul Iman. Tidak kiralah samada penuntut dari aliran Pengajian Pondok, atau Maahad Tahfiz.


Mohd Aizad Zulkifli


- Mohd Aizad Zulkifli -


Oke, itu je untuk kali ni. Salam ukhwah untuk semua.