Sunday, November 2, 2008

Program Pra - Pondok 2008

Assalamualaikum,

Berita terbaru

Program Pra pondok 2008 secara rasmi akan bermula pada tanggal 19 November 2008. Program ini akan berlangsung selama sebulan. Yuran penyertaan yang dikenakan hanya RM200 untuk seorang (termasuk alat - alatan belajar, makan minum dan sebagainya.)

Pendaftaran telah dibuka sejak Jumaat yang lepas. Untuk Ibu Bapa yang berminat untuk menghantar anak - anak untuk menimba ilmu dan merasai pengalaman baru belajar di pondok, bolehlah datang terus ke Madrasah kami atau hubungi 013-4020955 (Ustaz Mazdi) untuk sebarang pertanyaan.

4 comments:

  1. Assalamualaikum. wrh.... saya berminat mendaftarkan anak saya untuk menyertai program ini. apakah perlu saya sediakan.

    terima kasih. Ida 016 634 3969

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Spt program2 spt ini, cuma sediakan pakaian solat dan riadah, selimut, bantal dan keperluan peribadi.

    Boleh saya tahu, anak lelaki atau perempuan? Apapun untuk maklumat lanjut sila hubungi ustaz Mazdi - 013-4020955.

    Oh ya, perlu tempah dahulu kerana tempat terhad. :)

    ReplyDelete
  3. HJ MOHD IQBAAL GEOFFREYNovember 27, 2008 at 3:45 PM

    Assalamualaikum wbt,
    Saya ingin menghantar 2 orang anak saya untuk belajar dipondok ini, seorang berumur 14 tahun dan seorang lagi berumur 16 tahun pada 2009. Apakah mereka perlu untuk bermula dari tingkatan satu semula? Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam...

    Buat tuan Haji, sistem pengajian disini bukan mengikut sukatan kementerian pelajaran. Jadinya, tiada kelas mengikut tingkatan seperti sekolah2 menengah, tetapi pembahagian kelas dan pengajian mengikut kemampuan seseorang pelajar itu.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete