Tuesday, May 6, 2008

Memohon Sumbangan


Tarikh : 29 Rabiul Akhir 1429


06 May 2008




Tuan Yang Budiman,


Assalamualaikum wbt.




MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROGRAM PELAJAR PONDOK PINANG MERAH




Perkara di atas dengan rendah hatinya adalah dirujuk.



2. Berhubung perkara di atas, suka dinyatakan bahawa pihak Perwakilan Pelajar Pondok Pinang Merah memerlukan dana dan sumbangan dari pihak tuan / puan untuk tujuan aktiviti – aktiviti para pelajar di sini.



3. Antara tujuan derma tersebut ialah untuk menjalankan program seperti Tamrin, Rehlah, lawatan sambil belajar dan lain – lain lagi yang sudah dirangka sebagai program tahunan kami ke arah membentuk sahsiah yang tinggi untuk para pelajar.



4. Sehubungan dengan itu, pihak Madrasah memberi ruang dan peluang kepada tuan / puan untuk sama - sama berkorban dan membuat amal jariah untuk bekalan akhirat, di samping dapat meringankan tanggungan. Segala sumbangan tuan / puan boleh dihulurkan terus kepada bendahari perwakilan pelajar (saudara Nasrul Rahman) atau melalui Akaun Maybank - 163082082469 (Mohd Aizad bin Zulkifli) PENTING: Diharapkan segala sumbangan menggunakan perkhidmatan Maybank2u & meletakkan alamat emel penerima (darulbayan@newbreeder.com) untuk memudahkan kami membezakan status wang yang berkaitan.


Semoga segala sumbangan , doa dan sokongan tuan / puan dalam menjayakan objektif kami dan mendapat limpahan ganjaran dari Allah swt. Kami dahului segala kerjasama tuan / puan dengan ucapan setinggi- tinggi terima kasih.



Sekian,



Yang Menjalankan Amanah




Syamil


..............................


MOHD SYAMIL BIN CHE ANUAD


Setiausaha Badan Perwakilan Pelajar, Pondok Pinang Merah

3 comments:

  1. Salam tuan,

    Kami berminat untuk memberi derma tetapi bukan kepada akaun perseorangan tetapi akaun yang disah sebagai Akaun Madrasah Darul Bayan.

    Sekian terima kasih,

    Mat From SUDAN.

    ReplyDelete
  2. Salam kembali.

    Terima Kasih kerana berminat untuk memberi sumbangan. Setakat ini tiada akaun rasmi yang dapat disediakan untuk menerima sumbangan dari pihak yang prihatin.

    Antara cara yang selamat yang dicadangkan ialah datang sendiri ke sini untuk menyampaikan sumbangan.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam, Insya'Allah akan saya laksana sekembali ke M'sia.

    Sebenarnya saya juga membuat promosi kepada rakan sekerja di sini, kebanyakkan mereka mahukan akaun madrasah tersebut supaya mereka mudah menderma melalui "internate Banking".

    Harap maklum,

    Sdr Izzat, sampaikan salam saya kepada tuan Punya Madrasah ( Utz.Haji Saiful Bahri)

    wassalam.
    Mat From SUDAN

    ReplyDelete