Saturday, October 11, 2008

Kem Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum,

 

Bertemu lagi. Sekarang musim persekolahan telah kembali selepas bercuti sekejap sempena perayaan Aidil Fitri yang lepas. Mungkin dikalangan pelajar sekolah sekarang sidang sibuk mentelaah kerana musim peperiksaaan akhir tahun akan tiba. 

Buat kami pelajar di Madrasah ini (terutama pelajar aliran pondok) secara rasmi 15 hb Syawal nanti tamatlah cuti panjang kami. Masing - masing akan kembali untuk menyambung pembelajaran seperti biasa.

Kem untuk para pelajar sekolah

Bulan depan (November) yang akan datang bermulalah cuti sekolah. Seperti tahun lepas, Insya-Allah kem sempena cuti hujung tahun untuk para pelajar sekolah merasai suasana belajar di Madrasah kami (pondok dan tahfiz)  akan diadakan lagi tahun ini.

Kebiasaannya seperti tahun - tahun lepas untuk program 'pra Tahfiz' berlangsung selama 10 hari. Untuk program 'pra Pondok' pula tempohnya ialah selama sebulan (mengikut pengalaman pertama tahun lepas).

Jadi, kami (pelajar madrasah) mengalu - alukan para Ibu bapa untuk menghantar anak - anak anda untuk mengalami pengalaman baru di sini di samping tujuan utama mentarbiyyahkan mereka dan menambahkan ilmu kerana pelbagai pengisian bermanfaat bakal dijalankan.

Apapun ini bukanlah kenyataan rasmi dari pihak Madrasah. Insya-Allah kami akan update maklumat terbaru jika mendapat maklumat rasmi dari pihak pentadbiran terutama tentang tarikh dan yuran yang dikenakan.

Apapun, kami (pelajar, terutama bagi pihak Darul Bayan Fasilitator Club) telah bersedia untuk menerima kedatangan bakal tetamu - tetamu kami. Anda boleh rujuk post sebelum ini - Foto - foto sepanjang Program Pra Pondok

No comments:

Post a Comment