Tentang Kami

PENGENALAN



Markaz Tabiyyah Islamiyyah Darul Bayan ditubuhkan pada tahun 1414h/1992m di Kampong Pinang Merah, 6km dari Bandar Paka, Dungun Terengganu. Bermula dengan pendidikan tradisional iaitu pengajian pondok, kemudian Maahad Tahfiz Darul Bayan pada tahun 1995. Seterusnya Darul Bayan terus mengorak langkah dengan mewujudkan Sekolah Rendah Islam Darul Bayan pada tahun 2001. Dalam masa yang sama Darul Bayan Development ditubuhkan untuk menjana ekonomi pusat tarbiyyah islamiyyah ini.


Photobucket



OBJEKTIF PENUBUHAN MARKAZ TARBIYYAH ISLAMIYYAH DARUL BAYAN.



1 Ke arah melahirkan satu pusat pembelajaran tradisional dan moden bagi memenuhi tuntutan semasa dan keperluan ummah.


2 Memupuk budaya ilmu dan menghidupkan tradisi ilmiyyah bagi persiapan generasi muda dengan bimbingan ulama’


3 Membentuk dan menghidupkan ‘Biah’ (persekitaran) Islamiyyah ke arah pengamalan Islam yang syumul.


4 Memupuk tali silaturrrahim dan menanam sifat bersama bertanggungjawab dalam melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar serta jihad fisabilillah




MISI MARKAZ TARBIYYAH ISLAMIYYAH DARUL BAYAN



Menterjemahkan system pendidikan Islam dalam pengajian dan aktiviti Madrasah bagi melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia serta bertaqwa yang bakal memimpin masyarakat kea rah mendaulatkan Negara Islam.



MOTTO MARKAZ TARBIYYAH ISLAMIYYAH DARUL BAYAN



Ke Arah Melahirkan Generasi Berilmu, Beriman Beramal dan Berjihad

No comments:

Post a Comment