Saturday, August 30, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq

Assalamualaikum buat semua.

Nampaknya kita akan menyambut bulan yang penuh berkat, Ramadhan Al-Mubaraq. Satu bulan yang mana kita umat Islam diwajibkan berpuasa kecuali mereka - mereka yang dikecualikan.

Puasa menurut bahasa Arab bermaksud menahan dari sesuatu seperti; menahan dari tidur, menahan bicara dan sebagainya. Manakala puasa dalam konteks syariat Islam pula bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala yang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertakan dengan niat dan syarat tertentu.

Sempena bulan yang mulia ini, janganlah kita lupa solidariti dan kesatuan umat Islam di seluruh dunia. Dengan berpuasa juga boleh membuatkan kita dapat merasai penderitaan saudara - saudara kita diseluruh negara yang diancam perang, kebuluran dan wabak penyakit.

Firman Allah di dalam Al-Quran;
(Puasa itu) pada bulan Ramadhan yang diturunkan Al-Quran pada bulan itu untuk petunjuk bagi manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk dan memperbedakan antara yang hak dengan yang bathil. (Al-Baqarah:185)

Suhubungan dengan itu, marilah kita menjadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan yang terbaik dari yang sebelumnya. Semoga kita semua bertemu dengan lailatul-qadar.

Kerana Firman Allah di dalam Al-Quran;
Malam 'Lailatul-Qadar' itu terlebih baik dari seribu bulan (Al-Qadr:3)

Wasallam,

1 comment:

  1. sharifah nurul nasihahAugust 10, 2009 at 8:25 PM

    assalamualaikum...saya wakil dari pelajar perempuan ingin mengucap selamat menyambut Ramadhan kepada ustaz-ustaz dipondok dan saya minta maaf jikalau ada terlanjur bahasa...Wasallam

    ReplyDelete