Friday, June 12, 2009

Program Pra Tahfiz 06 - 10 Jun 2009

Pada 06 - 10 Jun 2009 yang lepas telah berlangsung program Pra Tahfiz untuk sekian kalinya.  Di sini disertakan sedikit foto yang sempat dirakam  sepanjang program berlangsung

Friday, May 15, 2009

Majlis Pengajian Intensif Aqidah Asyai'rah dan Maturidiyyah



Di sini sedikit info berkaitan majlis pemahaman aqidah Asyai'rah dan Maturidiyyah (aqidah Sifat 20). Sesiapa yang berminat memahami aqidah tersebut bolehlah menyertainya.


MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ [Siri 2]
[23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]



Anjuran :


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),


Kolej Darul Hikmah,
Jalan Sungai Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


OBJEKTIF :



* Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
* Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
* Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
* Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

TEMA :
Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

TARIKH :
23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H


TEMPAT :




Kolej Dar Hikmah,
Jalan Sungai Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


Tenaga Pengajar Sensasi Lagi Berprestasi Tinggi:





Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
(012 2850578)
Tuan Punya:-
www.abu-syafiq.com
www.abu-syafiq.blogspot.com



Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
(012 2465518)
Tuan punya :-
www.al-ghari.blogspot.com



Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
(019 9181278)
Tuan Punya :-
www.khazanah-salafiyyah.blogspot.com



SASARAN :
Seramai 150 orang yang terdiri dari:
* Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
* Orang Awam
* Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang



YURAN TERAMAT MURAH !!!
RM 15 [INDIVIDU]


MODUS OPERANDI :
Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah).


(Talaqqi kitab/Pembentangan/)

TENTATIF PROGRAM

Sabtu (23/05/2009)

7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran

8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

Timbalan Presiden PKPIM

9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).

10:45 pagi : Minum pagi

11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor

2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Kitab Mukhtasor (1).

4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Kitab Mukhtasor (2).

6:00 petang : Makan Malam

7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’

9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Penjelasan Bid'ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah).

10:00 malam : Minum malam & Berehat

Ahad (24/05/2009)

4:00 pagi : Qiamullail

6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi

8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

10:30 pagi : Minum pagi

11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;

Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

Presiden PKPIM

1:00 tghari : Makan Tengahari

2:00 petang : (Check-out)


Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;



Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
Saudari Izzah Khanani [013-2197192]



...MOHON SEBARAN...
'DEMI ALLAH UNTUK ISLAM'


" ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT "

Info diambil dari :


almukminun | al-hanief

Thursday, March 26, 2009

Amaran Hekmatiyar Kepada Hamas









Laman web Membela Sunnah yang berbahasa Arab hari ini, 14 Januari 2009 melaporkan daripada Al-Arabiya, pemimpin Islam Afghanistan, Gulbudin Hekmatiyar yang pernah hidup beberapa tahun di Iran sehingga dia dihalau keluar memberi amaran kepada Hamas supaya jangan tertipu dengan Iran dan janji-janji sokongan mulutnya.

Gulbudin dalam risalahnya menyatakan: “Pejuang-pejuang gagah berani di Gaza, sesungguhnya Tehran sering melaung-laungkan bahawa dia akan melindungi penduduk Palestin dan meneruskan perang mulut terhadap Zionis melalui lidah Hizbullah di Lubnan tetapi pada praktikalnya mereka tidak melakukan apa-apa pun beralasan dihalang negara-negara Arab. Tetapi alasan ini tidak berasas sama sekali, jika benar Iran betul kasihan kepada penduduk Palestin kenapa dia tidak menyuruh Hizbullah menembak roket ke Israeli?Beribu-ribu roket diberi oleh Iran dan Syria (negara Syiah Nusairiah) kepada Hizbullah, bilakah ia akan digunakan? Bilakah akan tiba harinya ia akan digunakan? Jika Iran benar maka suruhlah syiah di Afghanistan dan Iraq untuk bergabung dengan Mujahidin melawan Amerika atau paling kurang jangan bersekongkol dengan Amerika”.

Kemudian beliau mengarahkan perkataannya kepada Hamas:
“Janganlah kamu bergantung kepada Iran kerana dia sentiasa berdiri bersama musuh Umat Islam sepanjang sejarahnya, sesungguhnya ia adalah musuh dalam rupa kawan, dan menikam kaum muslimin daripada belakang. Iran juga menyokong Rusia dan Komunis menentang Mujahidin di Afghanistan dan juga menolog tentera salib menawan Afghanistan dan menyokong Amerika menjajah Iraq”

Beliau juga menyatakan, jumlah penduduk Iraq dan ulama Sunnah Iraq yang dibunuh oleh pengganas-pengganas yang taat kepada Iran melebihi jumlah mereka yang dibunuh oleh Amerika. Mereka melemparkan mayat-mayat Ahli Sunnah dalam balutan hitam di jalan-jalan.

Gulbudin Hekmatiyar merupakan pemimpin al-Hizbul Islami Afghanistan yang melarikan diri ke Iran pada 1996 setelah kemenangan Taliban. Pada 2003 setelah gagal mendapatkan sokongannya, kerajaan Iran menghalaunya keluar daripada Iran. Hekmatiyar menghantar pasukannya untuk membantu Hamas dalam perang Gaza atau Perang al-Furqan yang sedang berlangsung.

Pihak Amerika Syarikat menjajikan hadiah lumayan bagi mereka yang memberi maklumat sehingga tertangkap atau terbunuhnya Gulbudin Hekmatiyar.

sumber:

dd-sunnah.net | bahayairan.wordpress.com | tenteradajjal.blogspot.com | darulkautsar.com

Wednesday, March 18, 2009

Sambutan Maulidul Rasul 1430 Hijriah

Bertepatan 12 Rabiul awal 1430 Hijriah / 9 Mac 2009 bersamaan hari Isnin yang lepas telah diadakan sambutan Maulidul Rasul (termasuk perarakan) buat julung kalinya diadakan oleh para pelajar pondok di sini. Sambutan ini sepenuhnya diuruskan oleh Badan Perwakilan Pelajar Pondok Pinang Merah.

Perarakan tetap dilangsungkan meskipun pada mulanya terdapat halangan dari segi peralatan dan salah seorang daripada perwakilan pelajar yang tidak setuju ianya diadakan. Perarakan ini diadakan mengelilingi Kampung Pinang Merah untuk menunjukkan sebagai satu tanda cinta kepada nabi jungungan kita, Muhammad SAW, selain untuk mendekatkan lagi pelajar pondok dengan masyarakat luar.

Di bawah sedikit foto sepanjang program berlangsung. Maaf, kualiti foto tidak begitu memuaskan.



Sunday, December 7, 2008

Program Pra Pondok 2008 (Sesi Pertama)

Assalamualaikum,

Di sini saya paparkan pula koleksi foto dan video sepanjang program Pra Pondok 2008 (sesi pertama) yang berlangsung bermula 19hb November hingga 4 Disember yang lepas.

Semoga anda semua terutama peserta kem Pra Pondok 2008 (sesi pertama) berpuas hati dengan paparan kami di sini.

Koleksi Foto & Video

Slideshow 1


Slideshow 2


Senaman Itik Malu

Saturday, December 6, 2008

Program Pra Tahfiz 2008

Assalamualaikum,

Apa Khabar semua? Oke di sini seperti yang dijanjikan, kami tampilkan dahulu sedikit koleksi foto sepanjang program Pra Tahfiz 2008 yang berlangsung bermula 23hb November hingga 3 Disember yang lepas.

Semoga anda semua terutama peserta kem Pra Tahfiz 2008 berpuas hati dengan paparan kami di sini.

Koleksi Foto & Video

Slideshow 1

Slideshow 2

Slideshow 3

Persembahan yang menarik dari Kumpulan 2 (Perjuangan Islam)

Friday, December 5, 2008

Kemaskini: Program Pra Madrasah Darul Bayan

Assalamualaikum,

Berita terbaru

Tanggal 3 hb Desember yang lepas tamatlah program Pra Tahfiz 2008 yang bermula pada 23 hb November yang lepas.

Pada 4 hb Desember pula tamatlah sesi pertama program pra pondok dan bakal bersambung selepas cuti Hari Raya Aidil Adha iaiitu pada 12 hb Desember yang akan datang.

Foto sekitar program di atas akan dimasukkan nanti.

Sunday, November 2, 2008

Program Pra - Pondok 2008

Assalamualaikum,

Berita terbaru

Program Pra pondok 2008 secara rasmi akan bermula pada tanggal 19 November 2008. Program ini akan berlangsung selama sebulan. Yuran penyertaan yang dikenakan hanya RM200 untuk seorang (termasuk alat - alatan belajar, makan minum dan sebagainya.)

Pendaftaran telah dibuka sejak Jumaat yang lepas. Untuk Ibu Bapa yang berminat untuk menghantar anak - anak untuk menimba ilmu dan merasai pengalaman baru belajar di pondok, bolehlah datang terus ke Madrasah kami atau hubungi 013-4020955 (Ustaz Mazdi) untuk sebarang pertanyaan.

Sunday, October 12, 2008

Ruangan Forum Dibuka

Assalamualaikum,

Walaupun usia blog ini masih muda dan pengunjung hariannya juga masih tidak begitu ramai, kami cuba juga untuk membuka ruangan forum khas untuk para pengunjung blog ini.

Forum ini diharap dapat menjadi ruang mendekatkan kami (pelajar madrasah) dengan golongan masyarakat secara umum.

Sila mendaftar dan mulakan posting anda di sini

Saturday, October 11, 2008

Kem Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum,

 

Bertemu lagi. Sekarang musim persekolahan telah kembali selepas bercuti sekejap sempena perayaan Aidil Fitri yang lepas. Mungkin dikalangan pelajar sekolah sekarang sidang sibuk mentelaah kerana musim peperiksaaan akhir tahun akan tiba. 

Buat kami pelajar di Madrasah ini (terutama pelajar aliran pondok) secara rasmi 15 hb Syawal nanti tamatlah cuti panjang kami. Masing - masing akan kembali untuk menyambung pembelajaran seperti biasa.

Kem untuk para pelajar sekolah

Bulan depan (November) yang akan datang bermulalah cuti sekolah. Seperti tahun lepas, Insya-Allah kem sempena cuti hujung tahun untuk para pelajar sekolah merasai suasana belajar di Madrasah kami (pondok dan tahfiz)  akan diadakan lagi tahun ini.

Kebiasaannya seperti tahun - tahun lepas untuk program 'pra Tahfiz' berlangsung selama 10 hari. Untuk program 'pra Pondok' pula tempohnya ialah selama sebulan (mengikut pengalaman pertama tahun lepas).

Jadi, kami (pelajar madrasah) mengalu - alukan para Ibu bapa untuk menghantar anak - anak anda untuk mengalami pengalaman baru di sini di samping tujuan utama mentarbiyyahkan mereka dan menambahkan ilmu kerana pelbagai pengisian bermanfaat bakal dijalankan.

Apapun ini bukanlah kenyataan rasmi dari pihak Madrasah. Insya-Allah kami akan update maklumat terbaru jika mendapat maklumat rasmi dari pihak pentadbiran terutama tentang tarikh dan yuran yang dikenakan.

Apapun, kami (pelajar, terutama bagi pihak Darul Bayan Fasilitator Club) telah bersedia untuk menerima kedatangan bakal tetamu - tetamu kami. Anda boleh rujuk post sebelum ini - Foto - foto sepanjang Program Pra Pondok