Wednesday, July 23, 2008

Hari Keluarga Darul Bayan Development

Darul Bayan Development telah mengadakan Hari Keluarga pada 20 Julai 2008 yang lepas. Program ini telah berlangsung di Rumbia Resort, Paka.

Di bawah ini saya sertakan gambar - gambar menarik sepanjang program ini.

Wednesday, July 9, 2008

Kempen Membayar Zakat

Assalamualaikum,


Kempen Jualan Saham Wakaf Pendidikan dan Kempen Membayar Zakat


Seperti tajuk di atas, pihak kami mengalu - alukan pihak yang berkenaan khususnya syarikat atau individu di negeri Terengganu untuk memberikan sumbangan berbentuk kewangan melalui 'Saham Wakaf pendidikan' mahupun dengan membayar zakat (Dikecualikan dari cukai pendapatan) kepada pihak Madrasah untuk tujuan pembiayaan para penuntut ilmu agama di sini.


Untuk sebarang urusan, sila hubungi 09-827 2577 / 09-983 4780 atau email - albayan_majalah@yahoo.com atau terus berurusan di pejabat kami di alamat Lot 852, Kg Pinang Merah, 23100 Paka DUNGUN Terengganu Darul Iman.




Sabda Nabi Muhammad SAW;


Barangsiapa wajib atasnya zakat maka tiada memberi ia akan dia bagi mustahaqnya (yang lebih berhak) maka nerakalah baginya. AL-HADITH



Monday, July 7, 2008

Koleksi Foto Pelajar Pondok & Tahfiz Pinang Merah

Assalamualaikum. Kali ni saya masukkan sedikit foto para pelajar Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan (Pondok & Ma'ahad Tahfiz Pinang Merah).




Saturday, July 5, 2008

Koleksi Foto Perkhemahan (Chemerong 2008)

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan saya masukkan sedikit foto sepanjang program perkhemahan yang bertempat di Hutan Lipur Chemerong, Dungun pada 11hb & 12hb Mei 2008. Tentang foto perlawanan bolasepak baru - baru ni tak dapat dimasukkan kerana dengan sedikit kecuaian, segala imej dalam kamera yang berkenaan telah terpadam kesemuanya.

Okelah, di bawah ini saya paparkan sedikit foto untuk tatapan semua.

Sunday, May 18, 2008

Keutamaan Ilmu Pengetahuan

KELEBIHAN ILMU PENGETAHUAN


1. Firman Allah SWT Bermaksud;


“Allah SWT mengakui bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain daripadanya dan malaikat – malaikat mengakui dan orang – orang berilmu yang tegak dengan keadilan”


(Al-Imran:18)


2. Firman Allah SWT Bermaksud;


“Diangkat oleh Allah SWT orang – orang beriman daripada kamu dan orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat”


(Al-Mujadalah:11)


KEUTAMAAN MENGAJAR


1. Firman Allah SWT Bermaksud;


“Dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka. Mudah – mudahan mereka dapat berjaga – jaga (dari melakukan larangan Allah SWT)”


(At-Taubah:122)


2. Firman Allah SWT Bermaksud;


“Dan ingatlah ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang – orang yang telah diberikan kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali – kali kamu menyembunyikannya”


(Al-Imran:187)


3. Hadith Nabi SAW bermaksud;


“Bahawasanya Allah SWT, malaikat-malaikatNYA, isi langit dan bumiNYA, sampai dalam lubang dan ikan di lautan, semuanya berdoa kebajikan kepada orang yang mengajarkan manusia”


(Hadith riwayat Tarmizi dari Abi Amamah)


KEUTAMAAN MENUNTUT ILMU


1. Hadith Nabi SAW bermaksud;


“Mencari ilmu pengetahuan adalah wajib ke atas setiap orang Muslim”


(Diriwayatkan dari Ibn Abd Barr)


2. Hadith Nabi SAW bermaksud;


“Andaikata engkau berjalan, kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu pengetahuan, maka itu adalah lebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat”



(Diriwayatkan dari Ibn Abd Barr)


3. Hadith Nabi SAW bermaksud;


“Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan menempuhkan suatu jalan untuknya menuju ke syurga”


(Diriwayatkan oleh Muslim)

Peristiwa menarik dari April – Mei 2008

Sepanjang April hingga Mei ni beberapa peristiwa dan aktiviti telah dijalankan para pelajar pondok. Antaranya;

24 - 26 April – Perlawanan bolasepak sesama pelajar.

11 & 12 Mei – Program perkhemahan di Hutan Lipur Chemerong, Dungun.

Insya-Allah dalam entry yang akan datang saya akan masukkan foto - foto menarik kedua-dua peristiwa tersebut.

Thursday, May 15, 2008

Buletin Al-Bayan

Pihak Madrasah sejak tahun lepas telah menerbitkan makalah bulanan yang diberi nama 'Al-Bayan' . Bertemakan "Penyalur Ilmu, Penggarap Intelektual" kini sudah menjangkau edisi yang ke 12. Makalah ini boleh didapati di kedai-kedai buku di sekitar Dungun. Antara kolum yang menarik ialah 'Jejak Sufi', 'Syirik Moden' dan lain - lain lagi.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan atau melanggan bolehlah datang terus ke madrasah kami atau hubungi 09-983 4780/019-936 0774 (En. Mazlan) atau emelkan saja ke albayan_majalah@yahoo.com

Tuesday, May 6, 2008

Memohon Sumbangan


Tarikh : 29 Rabiul Akhir 1429


06 May 2008




Tuan Yang Budiman,


Assalamualaikum wbt.




MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROGRAM PELAJAR PONDOK PINANG MERAH




Perkara di atas dengan rendah hatinya adalah dirujuk.



2. Berhubung perkara di atas, suka dinyatakan bahawa pihak Perwakilan Pelajar Pondok Pinang Merah memerlukan dana dan sumbangan dari pihak tuan / puan untuk tujuan aktiviti – aktiviti para pelajar di sini.



3. Antara tujuan derma tersebut ialah untuk menjalankan program seperti Tamrin, Rehlah, lawatan sambil belajar dan lain – lain lagi yang sudah dirangka sebagai program tahunan kami ke arah membentuk sahsiah yang tinggi untuk para pelajar.



4. Sehubungan dengan itu, pihak Madrasah memberi ruang dan peluang kepada tuan / puan untuk sama - sama berkorban dan membuat amal jariah untuk bekalan akhirat, di samping dapat meringankan tanggungan. Segala sumbangan tuan / puan boleh dihulurkan terus kepada bendahari perwakilan pelajar (saudara Nasrul Rahman) atau melalui Akaun Maybank - 163082082469 (Mohd Aizad bin Zulkifli) PENTING: Diharapkan segala sumbangan menggunakan perkhidmatan Maybank2u & meletakkan alamat emel penerima (darulbayan@newbreeder.com) untuk memudahkan kami membezakan status wang yang berkaitan.


Semoga segala sumbangan , doa dan sokongan tuan / puan dalam menjayakan objektif kami dan mendapat limpahan ganjaran dari Allah swt. Kami dahului segala kerjasama tuan / puan dengan ucapan setinggi- tinggi terima kasih.



Sekian,



Yang Menjalankan Amanah




Syamil


..............................


MOHD SYAMIL BIN CHE ANUAD


Setiausaha Badan Perwakilan Pelajar, Pondok Pinang Merah

Thursday, April 24, 2008

Pemberitahuan

Assalamualaikum.

Ini entry pertama untuk blog ini. Blog asal kami (Pelajar Madrasah Darul Bayan, Paka) boleh dilayari di http://darulbayan.blogspot.com/.

Terima Kasih.

Thursday, December 27, 2007

Foto - foto sepanjang Program Pra Pondok

Assalamualaikum buat teman - teman semua. Seperti yang dijanjikan, pada entry kali ini, kami paparkan sedikit foto dari koleksi kami selama program Pra - Pondok 07 berlangsung.






Antara 'Lagu Rasmi' dalam Kem Pra-Pondok