Tuesday, August 19, 2008
Cuti Pondok
Nampaknya para pelajar Pondok Pinang Merah telah mula bercuti bermula 17 hb Ogos yang lepas, bersamaan 15 Syaaban 1429 Hijriah sehinggalah seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Ada juga beberapa orang pelajar yang lebih gemar terus diam di pondok, samada untuk bekerja sambilan ataupun memperbanyakkan amalan ataupun mentelaah kitab - kitab.
Bagi pelajar Maahad Tahfiz pula diberi cuti selama seminggu sejak 17 hb yang lepas, dan akan mula cuti sekali lagi seminggu sebelum Hari Raya.
Itu antara butiran serba ringkas mengenai kami sebagai penuntut Madrasah. Kebiasaannya, untuk sessi pembelajaran pondok yang akan datang, ramai muka - muka baru yang akan masuk ke sini dan ramai pula yang pergi meninggalkan teman - teman yang lain.
Insya-Allah untuk entry akan datang saya akan masukkan gambar - gambar menarik program yang sempat kami jalankan sebelum cuti (sblm 17 hb Ogos), dan juga gambar - gambar kenangan kami sepanjang tahun.
Wasallam...
Wednesday, July 23, 2008
Hari Keluarga Darul Bayan Development
Di bawah ini saya sertakan gambar - gambar menarik sepanjang program ini.
Wednesday, July 9, 2008
Kempen Membayar Zakat
Assalamualaikum,
Kempen Jualan Saham Wakaf Pendidikan dan Kempen Membayar Zakat
Seperti tajuk di atas, pihak kami mengalu - alukan pihak yang berkenaan khususnya syarikat atau individu di negeri Terengganu untuk memberikan sumbangan berbentuk kewangan melalui 'Saham Wakaf pendidikan' mahupun dengan membayar zakat (Dikecualikan dari cukai pendapatan) kepada pihak Madrasah untuk tujuan pembiayaan para penuntut ilmu agama di sini.
Untuk sebarang urusan, sila hubungi 09-827 2577 / 09-983 4780 atau email - albayan_majalah@yahoo.com atau terus berurusan di pejabat kami di alamat Lot 852, Kg Pinang Merah, 23100 Paka DUNGUN Terengganu Darul Iman.
Sabda Nabi Muhammad SAW;
Barangsiapa wajib atasnya zakat maka tiada memberi ia akan dia bagi mustahaqnya (yang lebih berhak) maka nerakalah baginya. AL-HADITH
Monday, July 7, 2008
Koleksi Foto Pelajar Pondok & Tahfiz Pinang Merah
Saturday, July 5, 2008
Koleksi Foto Perkhemahan (Chemerong 2008)
Okelah, di bawah ini saya paparkan sedikit foto untuk tatapan semua.
Sunday, May 18, 2008
Keutamaan Ilmu Pengetahuan
KELEBIHAN ILMU PENGETAHUAN
1. Firman Allah SWT Bermaksud;
“Allah SWT mengakui bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain daripadanya dan malaikat – malaikat mengakui dan orang – orang berilmu yang tegak dengan keadilan”
(Al-Imran:18)
2. Firman Allah SWT Bermaksud;
“Diangkat oleh Allah SWT orang – orang beriman daripada kamu dan orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat”
(Al-Mujadalah:11)
KEUTAMAAN MENGAJAR
1. Firman Allah SWT Bermaksud;
“Dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka. Mudah – mudahan mereka dapat berjaga – jaga (dari melakukan larangan Allah SWT)”
(At-Taubah:122)
2. Firman Allah SWT Bermaksud;
“Dan ingatlah ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang – orang yang telah diberikan kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali – kali kamu menyembunyikannya”
(Al-Imran:187)
3. Hadith Nabi SAW bermaksud;
“Bahawasanya Allah SWT, malaikat-malaikatNYA, isi langit dan bumiNYA, sampai dalam lubang dan ikan di lautan, semuanya berdoa kebajikan kepada orang yang mengajarkan manusia”
(Hadith riwayat Tarmizi dari Abi Amamah)
KEUTAMAAN MENUNTUT ILMU
1. Hadith Nabi SAW bermaksud;
“Mencari ilmu pengetahuan adalah wajib ke atas setiap orang Muslim”
(Diriwayatkan dari Ibn Abd Barr)
2. Hadith Nabi SAW bermaksud;
“Andaikata engkau berjalan, kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu pengetahuan, maka itu adalah lebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat”
(Diriwayatkan dari Ibn Abd Barr)
3. Hadith Nabi SAW bermaksud;
“Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan menempuhkan suatu jalan untuknya menuju ke syurga”
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Peristiwa menarik dari April – Mei 2008
24 - 26 April – Perlawanan bolasepak sesama pelajar.
11 & 12 Mei – Program perkhemahan di Hutan Lipur Chemerong, Dungun.
Insya-Allah dalam entry yang akan datang saya akan masukkan foto - foto menarik kedua-dua peristiwa tersebut.
Thursday, May 15, 2008
Buletin Al-Bayan
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan atau melanggan bolehlah datang terus ke madrasah kami atau hubungi 09-983 4780/019-936 0774 (En. Mazlan) atau emelkan saja ke albayan_majalah@yahoo.com
Tuesday, May 6, 2008
Memohon Sumbangan
Tarikh : 29 Rabiul Akhir 1429
06 May 2008
Tuan Yang Budiman,
Assalamualaikum wbt.
MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROGRAM PELAJAR PONDOK PINANG MERAH
Perkara di atas dengan rendah hatinya adalah dirujuk.
2. Berhubung perkara di atas, suka dinyatakan bahawa pihak Perwakilan Pelajar Pondok Pinang Merah memerlukan dana dan sumbangan dari pihak tuan / puan untuk tujuan aktiviti – aktiviti para pelajar di sini.
3. Antara tujuan derma tersebut ialah untuk menjalankan program seperti Tamrin, Rehlah, lawatan sambil belajar dan lain – lain lagi yang sudah dirangka sebagai program tahunan kami ke arah membentuk sahsiah yang tinggi untuk para pelajar.
4. Sehubungan dengan itu, pihak Madrasah memberi ruang dan peluang kepada tuan / puan untuk sama - sama berkorban dan membuat amal jariah untuk bekalan akhirat, di samping dapat meringankan tanggungan. Segala sumbangan tuan / puan boleh dihulurkan terus kepada bendahari perwakilan pelajar (saudara Nasrul Rahman) atau melalui Akaun Maybank - 163082082469 (Mohd Aizad bin Zulkifli) PENTING: Diharapkan segala sumbangan menggunakan perkhidmatan Maybank2u & meletakkan alamat emel penerima (darulbayan@newbreeder.com) untuk memudahkan kami membezakan status wang yang berkaitan.
Semoga segala sumbangan , doa dan sokongan tuan / puan dalam menjayakan objektif kami dan mendapat limpahan ganjaran dari Allah swt. Kami dahului segala kerjasama tuan / puan dengan ucapan setinggi- tinggi terima kasih.
Sekian,
Yang Menjalankan Amanah
Syamil
..............................
MOHD SYAMIL BIN CHE ANUAD
Setiausaha Badan Perwakilan Pelajar, Pondok Pinang Merah
Thursday, April 24, 2008
Pemberitahuan
Ini entry pertama untuk blog ini. Blog asal kami (Pelajar Madrasah Darul Bayan, Paka) boleh dilayari di http://darulbayan.blogspot.com/.
Terima Kasih.