Saturday, September 11, 2010

Institusi Pondok - Pro dan Kontra

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
أما بعد

Bila disebut tentang pengajian pondok, apa yang terlintas di fikiran kita? Kebanyakan dari kita menggambarkan pengajian pondok merupakan suatu pendidikan yang selekeh, kolot, tiada masa depan dan lain - lain persepsi yang buruk - buruk belaka. Persoalannya, apakah semuanya ini benar?

Sejarah Pengajian Sistem Pondok

Sistem pengajian pondok di negara kita bermula sekitar abad ke 20 atau hujung abad ke 19 lagi. Dikatakan Kelantan merupakan negeri yang memulakan sistem pengajian pondok walaupun dari segi sejarah kedatangan Islam, tiada tanda - tanda atau artifak yang menunjukkan kedatangan Islam seperti negeri Terengganu yang terkenal dengan sumber sejarah yang mahsyur iaitu Batu Bersurat. Apapun dikatakan Pondok pertama yang didirikan di Kelantan ialah di Pulai Chondong (1820M).

Sistem Pendidikan Pondok

Sistem pengajian pondok yang berasaskan 'talaqqi' kitab - kitab 'thurat' samada kitab - kitab Arab ataupun Melayu (jawi) ini merupakan satu sistem yang telah melahirkan banyak tokoh di tanahair kita dan membasmi buta huruf sebelum kedatangan sistem pengajian dari barat suatu masa dahulu. Sistem pengajian yang menekankan pengajian 'dari kulit ke kulit' ini menjadikan para pelajar lebih memahami sesuatu ilmu itu secara mendalam walaupun ianya mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan sesebuah kitab pengajian.

Realiti

Pengajian pondok di zaman yang serba canggih sekarang ini sebenarnya telah banyak berubah. Samada dari segi pengajaran mahupun pelajarnya walaupun sistem pengajian itu sendiri tidak banyak berubah. Pengajian bertalaqqi dan pengajian 'kulit ke kulit' masih diteruskan tetapi institusi pondok kebanyakannya dipenuhi oleh para pengajar, para pelajar dan mereka yang berkaitan dengan institusi ini yang tidak dapat mengangkat atau membela institusi pondok yang diperlekehkan oleh sebahagian masyarakat. Antara penyebabnya ialah;

1. Pihak atasan pondok yang terlalu sibuk dengan aktiviti selain dari mengajar dan mendidik.

Tidak salah untuk para tenaga pengajar menjalankan aktiviti lain untuk mendapatkan rezeki atau berkhidmat untuk masyarakat atau sebagainya, tetapi janganlah sampai mengabaikan para penuntut ilmu terkapai - kapai. Ini dapat dilihat dengan berkuburnya beberapa pondok kerana para guru mereka sibuk untuk 'mengubat orang' ataupun berniaga.

2. Sikap jumud (beku) pihak atasan pondok

Pihak pengurusan atau para pengajar yang tidak bersedia menerima idea - idea baru untuk memperbaiki sistem pengajian merugikan institusi ini sendiri terutamanya para pelajar. Mereka seharusnya bersikap terbuka dalam pelbagai sudut selagi mana tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat dan menerima pandangan dari pihak lain dengan dada yang lapang dan mempertimbangkannya. Sikap beku mereka ini sebenarnya menghalang kemajuan sistem pendidikan sebegini.

3. Sikap Ibubapa dan penjaga yang tidak bertanggungjawab

Sebahagian dari ibubapa dan penjaga yang menghantar anak atau tanggungan mereka yang bermasalah sahaja. Mereka mengganggap pengajian pondok sebagai 'pilihan terakhir' bagi anak atau tanggungan mereka. Mereka hanya akan menghantar anak atau tanggungan mereka ke pondok jika anak - anak pelajar itu merupakan pelajar yang bermasalah, terlalu bodoh dan sebagainya. Ini menjadikan institusi pondok dipenuhi oleh mereka yang bermasalah dan sekaligus menambahkan lagi imej buruk terhadap institusi ini.

4. Sikap pelajar yang tidak tahu tujuan mereka belajar

Disebabkan kebanyakan dari mereka dipaksa untuk belajar di pondok, kebanyakannya gagal melihat apa tujuan sebenar mereka belajar yang mengakibatkan sebahagian lepasan pengajian pondok gagal menunjukkan imej yang baik kepada pondok. Ini menambahkan persepsi buruk dari masyarakat.

Penutup & Harapan

Selain dari sebab - sebab di atas, mungkin ada beberapa penyebab lain yang mungkin telah diketahui oleh anda semua yang tidak perlulah dinyatakan di sini seperti sikap pemerintah sendiri yang meminggirkan sistem pendidikan sebegini dan juga sikap masyarakat sendiri yang menjadikan imej sistem pengajian ini semakin buruk.

Apapun diharapkan pihak pengurusan pondok dan para pelajar bersedia untuk berubah supaya lebih terbuka dari segi pengambilan ilmu, sistem pembelajaran dan sebagainya bagi memperbaiki kelemahan yang ada. Bagi pemerintah, ibubapa, penjaga dan masyarakat pula diharap memberi sokongan yang sepatutnya untuk melahirkan generasi berilmu yang bakal turun ke masyarakat untuk memperbaiki kerosakan yang ada.


Allahu a'lam...

Mohd Aizad bin Zulkifli (Badan Perwakilan Pelajar Pondok Pinang Merah)
Artikel asal di sini

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri

TaqabbalAllahu minna wa minkum...

Buat semua pelajar Madrasah Darul Bayan terutamanya pelajar Pondok Pinang Merah, dalam bergembira di Hari Raya, janganlah sampai lupa diri. Semoga Allah menerima amal - amal soleh kita. Amin..

Oh ya, jangan lupa datang pondok pulak. Kalau boleh datang awal sebab 2 orang kepimpinan pelajar (Saudara Nasrullah & Syamil) bakal melanjutkan pengajian mereka ke Sana'a, Yaman. Mereka bakal berlepas 16 Syawal ni. Kalau datang awal, insya-Allah boleh jumpa dulu mereka. :)

Saturday, July 24, 2010

Majlis Tafaqquh Fiddin

Pihak Madrasah Darul Bayan menganjurkan program di ambang ramadhan yang menampilkan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makkiy

Tarikh : 7, 8 & 9 Ogos 2010 Masihi bersamaan 26, 27 & 28 Syaaban 1431 Hijriah
Tempat : Masjid Pinang Merah, PAKA, Dungun Terengganu

Penginapan disediakan.
Sila hubungi; Cikgu Che Wan Mustaffa (019-9127183), Ustaz Mazdi (013-4020955)

Para pencinta ilmu dijemput hadir

Malam Kesenian Islam 2010

Malam Kesenian Islam 2010
Sempena Majlis Ihtifal Pelajar Pondok Pinang Merah 2010
Bermula jam 5:00 petang - 12:00 Malam 

Pada 25 hb Julai bersamaan 13 Syaaban yang akan datang akan diadakan majlis akhir tahun para pelajar Pondok Pinang Merah. Antara aturcara yang bakal diadakan antaranya ialah;

- Persembahan beberapa kumpulan nasyid
- Persembahan Qasidah Burdah
- Sketsa pelajar pondok
- Cabutan bertuah
- Gerai pameran dan jualan Palestin

Bekas Pelajar dijempurt hadir.

Tuesday, July 13, 2010

Peperiksaan Sesi 2010


Bermula 18 hingga 22 hb Julai ini, para pelajar Pondok Pinang Merah bakal menghadapi peperiksaan sesi 2010 sebelum bercuti panjang selama lebih kurang 2 bulan.

Selamat berusaha sahabat - sahabatku..!

Sunday, May 30, 2010

Ini Entry Pertama

Ini entry pertama bagi blog ini. Pihak Badan Perwakilan Pelajar terpaksa memindahkan blog kami dari http://www.newbreeder.com/darulbayan/ kepada blog ini yang di hosted oleh blogger.com kerana beberapa sebab yang tak dapat dinyatakan di sini.

Apapun, segala aktiviti kami, terutama berkenaan pelajar Pondok Pinang Merah, Madrasah Darul Bayan akan diupdate di sini.

Harap Maklum.

Friday, March 19, 2010

Ijtima' telah selesai...

Agak lewat sikit update untuk Ijtima' Pondok & Pusat Pengajian Islam se-Terengganu. Bahan - bahan pun tidak mencukupi untuk melengkapkan entry kali ini kerana sibuk dengan tugas yang lain.



Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang telah berlangsung dari 4 - 6 hb Mac yang lepas ini bolehlah mendapatkannya melalui pautan - pautan yang disediakan di bawah.

Darul Bayan || Ustaz Saiful Bahri || Dr Shafie || Syabab Paka

Thursday, March 18, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijriah

Seperti tahun lepas, pada 27hb Feb 2010 bersamaan 13 Rabi'ul Awwal 1431 H pihak Pondok Pinang Merah telah mengadakan program dan majlis sempena mengingati kelahiran Rasulullah Shollallahu 'alahi wa sallam. Di bawah sedikit gambar sepanjang program kami.

Seminar Islam Anti Terorisme
























































Ahad 28 Mac 2010
8.00 amPendaftaran & Sarapan
9.00 amUcapan oleh Presiden An-Nidaa

Ucapan oleh Prof Madya Datuk Dr Azraie Hj Idris

Ucapan oleh YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir (Timb Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri)

10.15 amPembentangan 1: Ahli Sunnah VS Terrorist


oleh Dr. Azwira Abdul Aziz(UKM)
11.30 amPembentangan 2: “Toleransi Agama antara Islam dan Penganas”


oleh Ustaz Sofwan Badrie (Presiden An-Nidaa)

-

12.45 amMakan tengah hari & Solat Zohor
2.00 pmPembentangan 3: “Fiqh jihad di sisi ASWJ?”

oleh Ust Fathul Bari Mat Jahya ( Penasihat Agama Institut Jantung

Negara)
3.15 pmPembentangan 4: “Hikmah dalam ber dakwah: antara ASWJ dan terrorist”

oleh Ust. Rasul Dahri (Pendakwah Bebas)
4.30 pm Minum petang & Solat Asar

5.00 pmPembentangan 5: “Fiqh Mencegah Kemungkaran antara ASWJ & Terrorisma ?”


oleh Dr. Johari Mat ( KIAS)
6.15 pmRehat

8.00 pm

8.15 pm
Ucapan oleh Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UM

Ucapan Oleh Presiden Penaja Pertubuhan Cendiakiawan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia.

Forum: “1Malaysia Memerangi Terrorisma

Ahli-ahli Panel: Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin (Mantan Mufti Perlis)

Prof Madya Datuk Dr Azraie Hj Idris (Timbalan Naib Canselor UM)

Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara)

Moderator: Saudara Kamarul Hisham (peguam)
11.00 pmProgram tamat

Sunday, February 28, 2010

Ijtima' Pondok & Pusat Pengajian Islam Se-Terengganu

Pada 4, 5 & 6 Mac 2010 yang akan datang, Madrasah Darul Bayan akan menganjurkan Ijtima' ini yang bertemakan "Warisan Nabawi Pemangkin Ummah"

Antara yang dijadualkan hadir untuk forum, kuliah dan pembentangan kertas kerja dalam program ijtima' yang akan diadakan selama 3 hari ini ialah;

-  Ustaz Abu Bakar Chik,
-  Ust Mokhtar Senik
-  Ust Hussein Awang
-  Ust Saiful Bahri Mamat (Ketua Dewan Ulama Terengganu)
-  YB Ust Nasaruddin Mat Isa
-  Dr Basri Ibrahim (Pensyarah UDM)
-  YB Dr Syafei Abu Bakar (Bangi, Selangor)
-  Ust Zaidi Pondok Lubuk Tapah
-  Ust Asmuin b Syamsuddin Al-Jambi
-  Ust Azhar bin Idrus
-  Ust Saifuddin Abdul Rahman
-  Ust Mohd Khairuddin At-takiri
-  Ust. Subki Abdul Rahman (Mudir Pondok Repek)
-  YB Dato' Isa Ismail (Speaker DUN Kedah)
-  Dan ramai lagi...

Bekas Pelajar, dan pelajar pondok & pencinta Islam dijemput hadir..!