Saturday, January 16, 2010

Majlis Muhadharah Pertama 2010

Majlis Muhadharah yang pertama bagi tahun 2010 ini telah berlangsung pada 2 Januari 2010 yang lepas. Sebenarnya, program yang dicadangkan oleh Ustaz Sakohar ini telah dirancang sebelum program Kem Pra-Pondok 2009 berlangsung.

Selepas ditangguhkan beberapa kali, akhirnya berjaya juga diadakan. Alhamdulillah... Majlis seperti ini diharap dapat menjadikan pelajar pondok lebih bersahsiah dan berketrampilan untuk berhadapan dengan masyarakat bila tamat pengajian nanti.

Mengikut perancangan, majlis seperti ini akan dilakukan 2 minggu sekali. Diharapkan para pelajar semua dapat beristiqomah melakukannya lagi. Insya-Allah...

Kem Pra Tahfiz 6 - 15 Dec 2009

Pada 6 - 15 Dec 2009 yang lepas telah berlangsung Kem Pra Tahfiz kali ke-2 untuk tahun 2009. Di sini disertakan sedikit gambar selama program tersebut berlangsung.

Sunday, January 10, 2010

Kenduri Itik 2009

Pada 31 Disember 2009 yang lepas, sebanyak 200 ekor itik telah disumbangkan kepada Madrasah Darul Bayan. Hari ni, pelajar pondok 'public holiday'. Masing - masing bergotong royong menyiang itik - itik ini.

Bagi sebahagian besar antara kami, inilah pertama kali seumur hidup menyiang atau memakan daging itik. Ada juga yang tak lalu nak makan... Hehe... Apapun di bawah disertakan gambar sekitar hari tersebut...

Apapun, terima kasih kepada penyumbang itik..!

Saturday, January 9, 2010

Program 'Kacau Bubur Ashyura' 2009

Pada 27 Disember 2009 yang lepas, para pelajar Pondok Pinang Merah telah melakukan aktiviti 'Kacau Bubur Ashyura'. Aktiviti ini sebenarnya lebih kepada mengeratkan hubungan sesama kami dengan melakukan aktiviti bersama - sama. Di sini disertakan sedikit gambar dan video yang berkenaan.

26 Disember - Persediaan untuk esok. Angkat kayu Api



Gambar sekitar program kacau bubur Ashyura

Kem Pra Pondok 6 - 19 Disember 2009

Assalamualaikum, seperti yang dijanjikan sedikit coretan tentang Kem Pra - Pondok 2009 kami hidangkan di sini. Segala kelewatan, amat dikesali.

Program Kem Pra Pondok 2009, yang berlangsung selama 2 minggu (6 - 19 Disember 2009). Walaupun hanya berlangsung selama 2 minggu (sebelum ini berlangsung selama sebulan), peserta dan aktikiti program semua dalam keadaan baik. Alhamdulillah.

Di sini disertakan sedikit video & gambar sekitar program ini.

Sessi selingan waktu sessi Bimbingan Solat



Riadah di Padang 'Periuk Api'



Slideshow sekitar program berlangsung

Saturday, December 26, 2009

Update: 9 Muharram 1431 - 26 Dec 2009

Assalamualaikum,

Buat masa sekarang ini, kami masih tak sempat nak update artikel baru, terutama untuk sekitar program kem Pra-Pondok & Tahfiz. Insya-Allah dalam waktu yang terdekat akan dikemaskini.

Terima Kasih.

Thursday, December 3, 2009

Nikah Mut'ah - Apa Hukumnya?

Artikel diambil dari soulXpress

Beberapa hari lepas, ibu kesayangan saya telah bertanya tentang nikah mut'ah. Kemudian ibu menunjukkan saya sebuah blog yang mempersoalkan tentang isi ni. Untuk melihat post asal blog berkenaan, bolehlah klik di sini

Nikah  mut'ah atau apa yang diistilahkan orang kita sebagai 'nikah kontrak' merupakan satu isu yang amat berat sebenarnya untuk dinyatakan oleh saya. Apatahlagi perbicaraan para ulama tentangnya sangat luas.  Apapun, saya rasa ia patut diketengahkan di sini.

Di sini saya cuba menerangkan atau menjawab keraguan yang terlihat dari kenyataan beliau (Dr. Abdul Wahab Arbain) sekadar yang termampu. Jawapan saya ini disusun dengan dimulakan dengan tulisan beliau terlebih dahulu kemudian respon saya kepada kenyataan beliau.

Dr. Abdul Wahab Arbain:

Kahwin mut'ah memang harus dan diamalkan semasa hayat Rasulullah serta disebut dalam al-Qur'an. Tiada umat Islam yang mempertikaikan hal ini. Namun, golongan ahlus sunnah wal jama'ah kata ia telah dibatalkan oleh Rasulullah atau oleh saidina Umar.

Jawapan:

Memang benar, nikah mut'ah pernah dilakukan pada zaman Rasulullah. Antara dalilnya ialah hadith di bawah ini;

عَنْ جَابِر بْن عَبْد اللَّه وَسَلَمَة بْن الْأَكْوَع قَالَا : خَرَجَ عَلَيْنَا مُنَادِي رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : قَدْ أَذِنَ لَكُمْ أَنْ تَسْتَمْتِعُوا


Jabir bin Abdullah radhi-Allahu 'anhu  berkata: Tukang azan Rasulullah sollalla hu alaihi wasallam telah menemui kami dan berkata: Sesungguhnya Rasulullah sollalla hu alaihi wasallam telah mengizinkan kamu menikmati mut'ah iaitu mengahwini perempuan secara mut'ah iaitu mengahwini mereka untuk suatu tempoh tertentu (Hadith riwayat Muslim)

Bagaimanapun, ianya telah diharamkan oleh Nabi sepertimana hadith di bawah;

‏ ‏عن ‏ ‏علي بن أبي طالب ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏نهى عن ‏ ‏متعة النساء ‏ ‏يوم ‏ ‏خيبر ‏ ‏وعن أكل لحوم الحمر الإنسية ‏


Ali bin Abi Talib radhi-Allahu 'anhu: Sesungguhnya Rasulullah sollalla hu alaihi wasallam melarang umat Islam berkahwin secara mut'ah pada hari peperangan Khaibar. Rasulullah sollalla hu alaihi wasallam juga melarang dari memakan daging keldai jinak/peliharaan pada hari tersebut (Hadith riwayat Muslim)

Ini membawa maksud nikah mut'ah diharuskan pada awal Islam untuk keperluan ketika itu kemudian Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam mengharamkannya untuk selama-lamanya hingga hari Kiamat. Malah pengharaman Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam dilakukan dua kali. Pertama pada waktu Perang Khaibar tahun 7 H, dan yang kedua pula pada Fathu al-Makkah, tahun 8 H.

Dr. Abdul Wahab Arbain:

Bagi golongan syi'ah ia tetap harus. Kerana Rasulullah tiada kuasa membatalkan hukum Allah atau Rasulullah tidak pernah mengatasi Allah. Jauh sekali taraf saidina Umar dari taraf Allah. Jadi, syi'ah tetap mengatakan mut'ah adalah harus dan dakwaan pembatalan adalah palsu dan bertentangan dengan akidah. Maksudnya, adakah anda percaya yang Rasulullah lebih berkuasa daripada Allah? Adakah sidina Umar lebih tinggi darjatnya dari Allah hingga dia boleh membatalkan hukum Allah?

Jawapan:

Seperti yang diberitahu tadi, pengharaman nikah mut'ah bukanlah dilakukan oleh Umar radhi-Allahu 'anhu Tidak benar tuduhan yang mengatakan Umar atau Rasulullah sengaja membatalkan hukum Allah. Tidak timbul soal ahlus sunnah mengatakan Rasulullah atau Umar lebih berkuasa atau lebih tinggi darjatnya daripada Allah. Telilitah firman Allah Azza wa Jalla;

وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰٓ (٣ إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡىٌ۬ يُوحَىٰ (٤


Dan tidaklah yang diucapkannya itu dari hawa nafsunya. Ucapannya itu tidak lain adalah apa yang diwahyukan kepadanya. (surah An-Najm, ayat ke 3 & 4)

Maka tidak perlulah terpengaruh dengan fahaman agama Syiah yang lebih gemar mengikut nafsu mereka dari mematuhi apa yang telah ditetapkan Allah dan Rasulnya. Takutlah kita dengan firman Allah Azza wa Jalla;

وَمَآ ءَاتَٮٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَہَٮٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ


Apa yang datang dari Rasul kepadamu maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu sangat keras hukuman-Nya (surah Al-Hasyr, ayat ke 7)

Ulama ahlus sunnah telah ijma' dalam pengharaman nikah jenis ini dan beberapa jenis nikah lagi.

Dr. Abdul Wahab Arbain:

Walaupun ahlus sunnah wal jama'ah mengharamkan mut'ah, tetapi mereka mempunyai banyak jenis perkahwinan yang jarang didedahkan, kecuali akhir-akhir ini. Antaranya kahwin urfi (di Mesir, banyak orang Melayu yang berduit melakukannya), kahwin niat cerai dan kahwin misyar. Setiap jenis itu ada pula sub-jenisnya.

Jawapan:

Persoalan keharusan  jenis nikah yang lain bagi ahlus sunnah sepatutnya tidak timbul kerana ianya memang mempunyai dasar dari Allah (melalui Al-Quran) dan Rasulullah (Melalui hadith - hadith). Kita sebagai mereka yang mengaku sebagai ahlus sunnah perlu berjaga - jaga dengan keraguan yang sengaja ditimbulkan Syiah mengenainya.

Allahu a'lam...

diistilahkan

Tuesday, December 1, 2009

Tutup Mulut Ketika Menguap

Setiap manusia yang hidup di dunia ini sudah tentu pernah menguap. Hatta binatang seperti kucing pun menguap. Bagi kita (manusia dan jin) junjungan kita Nabi Muhammad (Sollalla hu alaihi wasallam) telah memberi petunjuknya dalam hal ini.

1. Menahan menguap mengikut yang termampu terutama ketika solat

Dari Abu Hurairah bahawa Nabi sollalla hu alaihi wasallam bersabda: “Menguap dalam sembahyang itu adalah (berpunca) daripada syaitan; kerana itu apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah dia menahannya sesanggupnya.” - At-Tirmidzi


Gambar Hiasan - Jangan Menguap Macam ni

2. Menutup mulut untuk menahan menguap

"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)" - riwayat Muslim, dari Abi Said Al-Khudri

3. Dilarang mengeluarkan suara atau bunyi ketika menguap

Nabi Muhammad sollalla hu alaihi wasallam bersabda “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” - riwayat Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Wallahu A'lam...

Monday, November 30, 2009

Saf Kepimpinan BPP Pondok Pinang Merah Yang Baru

Saf Kepimpinan Badan Perwakilan Pelajar Pondok Pinang Merah telah membuat sedikit rombakan dan perlantikan baru. Berikut adalah senarainya. bagaimanapun pembahagian lujnah masih di dalam proses. Insya-Allah akan dibawa dalam mesyuarat yang akan datang.

BADAN PERWAKILAN PELAJAR, PONDOK PINANG MERAH

Presiden : Dalam proses (perlantikan dibuat dalam mesyuarat BPP yang akan datang)

T. Presiden : Dalam proses (perlantikan dibuat dalam mesyuarat BPP yang akan datang)

Setiausaha : Dalam proses (perlantikan dibuat dalam mesyuarat BPP yang akan datang)

Bendahari : Dalam proses (perlantikan dibuat dalam mesyuarat BPP yang akan datang)

AHLI JAWATANKUASA LUJNAH
AHLI JAWATANKUASA LUJNAH



LUJNAH Umar Abdul Aziz


Nasrullah bin Awang Muda


Mohd Yusof bin Azam


LUJNAH Arqam Abi Al-Arqam


Amir Hussin bin Mohemmad


Mohd Shihabuzzuhri bin Sobri



LUJNAH Uthman Ibni Affan


Nasrul Rahman bin Awang Muda


Lukman bin Awang


LUJNAH Abu Hurairah


Ahmad Zulhusni bin Saari


Jalaluddin bin Aliasan



LUJNAH Hamzah Asadullah


Mohd Lukman Ariffin


Wan Mohd Sabri bin Wan Abd Aziz



LUJNAH Amru Al-Ash


Ahmad Alif Afiq bin Hazim URL



Wan Mohd Anuar bin Wan Abd Aziz


LUJNAH Ali Abi Talib


Mohd Iqbal bin Abu Abidah


Hamizan bin Hasan



LUJNAH Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah


Mohd Aizad bin Zulkifli URL


Jefrizan bin Abd Ghani



Thursday, November 26, 2009

Permohonan Kemasukan Sulung SMI Darul Bayan

Permohonan untuk kemasukan sulung sessi 2010 Sekolah Mengengah Islam Darul Bayan kini telah dibuka. Ibubapa dan penjaga yang mempunyai anak - anak lepasan sekolah rendah (UPSR/UPSRI/UPKK) yang berminat bolehlah muaturun dan cetak borang yang disediakan di sini.

Mengikut maklumat yang kami tahu, tawaran ini terhad kepada pelajar lepasan UPSR/UPSRI/UPKK sahaja untuk sessi ini.

Download borang permohonan di sini

BerILMU - BerIMAN - BerAMAL - BerJIHAD