1. Menahan menguap mengikut yang termampu terutama ketika solat
Dari Abu Hurairah bahawa Nabi sollalla hu alaihi wasallam bersabda: “Menguap dalam sembahyang itu adalah (berpunca) daripada syaitan; kerana itu apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah dia menahannya sesanggupnya.” - At-Tirmidzi
Gambar Hiasan - Jangan Menguap Macam ni
2. Menutup mulut untuk menahan menguap
"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)" - riwayat Muslim, dari Abi Said Al-Khudri
3. Dilarang mengeluarkan suara atau bunyi ketika menguap
Nabi Muhammad sollalla hu alaihi wasallam bersabda “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” - riwayat Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Wallahu A'lam...
tapi kan..bukan ke menguap tu sesuatu yang x blh dikawal?
ReplyDeleteboleh... bila rasa nak nguap tu, kawallah. Memang kita x blh halang rasa nak nguap tu.
ReplyDelete