Saturday, December 26, 2009

Update: 9 Muharram 1431 - 26 Dec 2009

Assalamualaikum,

Buat masa sekarang ini, kami masih tak sempat nak update artikel baru, terutama untuk sekitar program kem Pra-Pondok & Tahfiz. Insya-Allah dalam waktu yang terdekat akan dikemaskini.

Terima Kasih.

Thursday, December 3, 2009

Nikah Mut'ah - Apa Hukumnya?

Artikel diambil dari soulXpress

Beberapa hari lepas, ibu kesayangan saya telah bertanya tentang nikah mut'ah. Kemudian ibu menunjukkan saya sebuah blog yang mempersoalkan tentang isi ni. Untuk melihat post asal blog berkenaan, bolehlah klik di sini

Nikah  mut'ah atau apa yang diistilahkan orang kita sebagai 'nikah kontrak' merupakan satu isu yang amat berat sebenarnya untuk dinyatakan oleh saya. Apatahlagi perbicaraan para ulama tentangnya sangat luas.  Apapun, saya rasa ia patut diketengahkan di sini.

Di sini saya cuba menerangkan atau menjawab keraguan yang terlihat dari kenyataan beliau (Dr. Abdul Wahab Arbain) sekadar yang termampu. Jawapan saya ini disusun dengan dimulakan dengan tulisan beliau terlebih dahulu kemudian respon saya kepada kenyataan beliau.

Dr. Abdul Wahab Arbain:

Kahwin mut'ah memang harus dan diamalkan semasa hayat Rasulullah serta disebut dalam al-Qur'an. Tiada umat Islam yang mempertikaikan hal ini. Namun, golongan ahlus sunnah wal jama'ah kata ia telah dibatalkan oleh Rasulullah atau oleh saidina Umar.

Jawapan:

Memang benar, nikah mut'ah pernah dilakukan pada zaman Rasulullah. Antara dalilnya ialah hadith di bawah ini;

عَنْ جَابِر بْن عَبْد اللَّه وَسَلَمَة بْن الْأَكْوَع قَالَا : خَرَجَ عَلَيْنَا مُنَادِي رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : قَدْ أَذِنَ لَكُمْ أَنْ تَسْتَمْتِعُوا


Jabir bin Abdullah radhi-Allahu 'anhu  berkata: Tukang azan Rasulullah sollalla hu alaihi wasallam telah menemui kami dan berkata: Sesungguhnya Rasulullah sollalla hu alaihi wasallam telah mengizinkan kamu menikmati mut'ah iaitu mengahwini perempuan secara mut'ah iaitu mengahwini mereka untuk suatu tempoh tertentu (Hadith riwayat Muslim)

Bagaimanapun, ianya telah diharamkan oleh Nabi sepertimana hadith di bawah;

‏ ‏عن ‏ ‏علي بن أبي طالب ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏نهى عن ‏ ‏متعة النساء ‏ ‏يوم ‏ ‏خيبر ‏ ‏وعن أكل لحوم الحمر الإنسية ‏


Ali bin Abi Talib radhi-Allahu 'anhu: Sesungguhnya Rasulullah sollalla hu alaihi wasallam melarang umat Islam berkahwin secara mut'ah pada hari peperangan Khaibar. Rasulullah sollalla hu alaihi wasallam juga melarang dari memakan daging keldai jinak/peliharaan pada hari tersebut (Hadith riwayat Muslim)

Ini membawa maksud nikah mut'ah diharuskan pada awal Islam untuk keperluan ketika itu kemudian Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam mengharamkannya untuk selama-lamanya hingga hari Kiamat. Malah pengharaman Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam dilakukan dua kali. Pertama pada waktu Perang Khaibar tahun 7 H, dan yang kedua pula pada Fathu al-Makkah, tahun 8 H.

Dr. Abdul Wahab Arbain:

Bagi golongan syi'ah ia tetap harus. Kerana Rasulullah tiada kuasa membatalkan hukum Allah atau Rasulullah tidak pernah mengatasi Allah. Jauh sekali taraf saidina Umar dari taraf Allah. Jadi, syi'ah tetap mengatakan mut'ah adalah harus dan dakwaan pembatalan adalah palsu dan bertentangan dengan akidah. Maksudnya, adakah anda percaya yang Rasulullah lebih berkuasa daripada Allah? Adakah sidina Umar lebih tinggi darjatnya dari Allah hingga dia boleh membatalkan hukum Allah?

Jawapan:

Seperti yang diberitahu tadi, pengharaman nikah mut'ah bukanlah dilakukan oleh Umar radhi-Allahu 'anhu Tidak benar tuduhan yang mengatakan Umar atau Rasulullah sengaja membatalkan hukum Allah. Tidak timbul soal ahlus sunnah mengatakan Rasulullah atau Umar lebih berkuasa atau lebih tinggi darjatnya daripada Allah. Telilitah firman Allah Azza wa Jalla;

وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰٓ (٣ إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡىٌ۬ يُوحَىٰ (٤


Dan tidaklah yang diucapkannya itu dari hawa nafsunya. Ucapannya itu tidak lain adalah apa yang diwahyukan kepadanya. (surah An-Najm, ayat ke 3 & 4)

Maka tidak perlulah terpengaruh dengan fahaman agama Syiah yang lebih gemar mengikut nafsu mereka dari mematuhi apa yang telah ditetapkan Allah dan Rasulnya. Takutlah kita dengan firman Allah Azza wa Jalla;

وَمَآ ءَاتَٮٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَہَٮٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ


Apa yang datang dari Rasul kepadamu maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu sangat keras hukuman-Nya (surah Al-Hasyr, ayat ke 7)

Ulama ahlus sunnah telah ijma' dalam pengharaman nikah jenis ini dan beberapa jenis nikah lagi.

Dr. Abdul Wahab Arbain:

Walaupun ahlus sunnah wal jama'ah mengharamkan mut'ah, tetapi mereka mempunyai banyak jenis perkahwinan yang jarang didedahkan, kecuali akhir-akhir ini. Antaranya kahwin urfi (di Mesir, banyak orang Melayu yang berduit melakukannya), kahwin niat cerai dan kahwin misyar. Setiap jenis itu ada pula sub-jenisnya.

Jawapan:

Persoalan keharusan  jenis nikah yang lain bagi ahlus sunnah sepatutnya tidak timbul kerana ianya memang mempunyai dasar dari Allah (melalui Al-Quran) dan Rasulullah (Melalui hadith - hadith). Kita sebagai mereka yang mengaku sebagai ahlus sunnah perlu berjaga - jaga dengan keraguan yang sengaja ditimbulkan Syiah mengenainya.

Allahu a'lam...

diistilahkan

Tuesday, December 1, 2009

Tutup Mulut Ketika Menguap

Setiap manusia yang hidup di dunia ini sudah tentu pernah menguap. Hatta binatang seperti kucing pun menguap. Bagi kita (manusia dan jin) junjungan kita Nabi Muhammad (Sollalla hu alaihi wasallam) telah memberi petunjuknya dalam hal ini.

1. Menahan menguap mengikut yang termampu terutama ketika solat

Dari Abu Hurairah bahawa Nabi sollalla hu alaihi wasallam bersabda: “Menguap dalam sembahyang itu adalah (berpunca) daripada syaitan; kerana itu apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah dia menahannya sesanggupnya.” - At-Tirmidzi


Gambar Hiasan - Jangan Menguap Macam ni

2. Menutup mulut untuk menahan menguap

"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)" - riwayat Muslim, dari Abi Said Al-Khudri

3. Dilarang mengeluarkan suara atau bunyi ketika menguap

Nabi Muhammad sollalla hu alaihi wasallam bersabda “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” - riwayat Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Wallahu A'lam...