Thursday, March 26, 2009

Amaran Hekmatiyar Kepada Hamas









Laman web Membela Sunnah yang berbahasa Arab hari ini, 14 Januari 2009 melaporkan daripada Al-Arabiya, pemimpin Islam Afghanistan, Gulbudin Hekmatiyar yang pernah hidup beberapa tahun di Iran sehingga dia dihalau keluar memberi amaran kepada Hamas supaya jangan tertipu dengan Iran dan janji-janji sokongan mulutnya.

Gulbudin dalam risalahnya menyatakan: “Pejuang-pejuang gagah berani di Gaza, sesungguhnya Tehran sering melaung-laungkan bahawa dia akan melindungi penduduk Palestin dan meneruskan perang mulut terhadap Zionis melalui lidah Hizbullah di Lubnan tetapi pada praktikalnya mereka tidak melakukan apa-apa pun beralasan dihalang negara-negara Arab. Tetapi alasan ini tidak berasas sama sekali, jika benar Iran betul kasihan kepada penduduk Palestin kenapa dia tidak menyuruh Hizbullah menembak roket ke Israeli?Beribu-ribu roket diberi oleh Iran dan Syria (negara Syiah Nusairiah) kepada Hizbullah, bilakah ia akan digunakan? Bilakah akan tiba harinya ia akan digunakan? Jika Iran benar maka suruhlah syiah di Afghanistan dan Iraq untuk bergabung dengan Mujahidin melawan Amerika atau paling kurang jangan bersekongkol dengan Amerika”.

Kemudian beliau mengarahkan perkataannya kepada Hamas:
“Janganlah kamu bergantung kepada Iran kerana dia sentiasa berdiri bersama musuh Umat Islam sepanjang sejarahnya, sesungguhnya ia adalah musuh dalam rupa kawan, dan menikam kaum muslimin daripada belakang. Iran juga menyokong Rusia dan Komunis menentang Mujahidin di Afghanistan dan juga menolog tentera salib menawan Afghanistan dan menyokong Amerika menjajah Iraq”

Beliau juga menyatakan, jumlah penduduk Iraq dan ulama Sunnah Iraq yang dibunuh oleh pengganas-pengganas yang taat kepada Iran melebihi jumlah mereka yang dibunuh oleh Amerika. Mereka melemparkan mayat-mayat Ahli Sunnah dalam balutan hitam di jalan-jalan.

Gulbudin Hekmatiyar merupakan pemimpin al-Hizbul Islami Afghanistan yang melarikan diri ke Iran pada 1996 setelah kemenangan Taliban. Pada 2003 setelah gagal mendapatkan sokongannya, kerajaan Iran menghalaunya keluar daripada Iran. Hekmatiyar menghantar pasukannya untuk membantu Hamas dalam perang Gaza atau Perang al-Furqan yang sedang berlangsung.

Pihak Amerika Syarikat menjajikan hadiah lumayan bagi mereka yang memberi maklumat sehingga tertangkap atau terbunuhnya Gulbudin Hekmatiyar.

sumber:

dd-sunnah.net | bahayairan.wordpress.com | tenteradajjal.blogspot.com | darulkautsar.com

Wednesday, March 18, 2009

Sambutan Maulidul Rasul 1430 Hijriah

Bertepatan 12 Rabiul awal 1430 Hijriah / 9 Mac 2009 bersamaan hari Isnin yang lepas telah diadakan sambutan Maulidul Rasul (termasuk perarakan) buat julung kalinya diadakan oleh para pelajar pondok di sini. Sambutan ini sepenuhnya diuruskan oleh Badan Perwakilan Pelajar Pondok Pinang Merah.

Perarakan tetap dilangsungkan meskipun pada mulanya terdapat halangan dari segi peralatan dan salah seorang daripada perwakilan pelajar yang tidak setuju ianya diadakan. Perarakan ini diadakan mengelilingi Kampung Pinang Merah untuk menunjukkan sebagai satu tanda cinta kepada nabi jungungan kita, Muhammad SAW, selain untuk mendekatkan lagi pelajar pondok dengan masyarakat luar.

Di bawah sedikit foto sepanjang program berlangsung. Maaf, kualiti foto tidak begitu memuaskan.