Wednesday, July 4, 2007

Jom kenal : Ustaz Saiful

1 comment:
Reaksi: 

- Ustaz Saiful -




Inilah mudir madrasah kami, Ustaz Saiful Bahari Mamat. Setiap kali beliau memberi ceramah, kuliah atau khutbah begitu menarik sekali caragaya penyampaiannya (bagi saya lah...). Maklum, orang politik. Apapun, tak selalu juga beliau masukkan unsur - unsur politik. Terutama bila memberikan kuliah - kuliah kepada para penuntut di madrasah ini.


Jom kenal : Pok

No comments:
Reaksi: 

- Pok -


'Pok' atau nama sebenarnya Azam merupakan antara penuntut yang 'senior' di Pondok Pinang Merah ni. Senior dari segi umurlah. :P Sudahlah segak , pandai pula mencanting batik. Kreatif sungguh.



Jom kenal : Abuya @ Abe

1 comment:
Reaksi: 

- Abuya -


Itu dia Muhammad Amir Hussin atau lebih dikenali dikalangan kami sebagai 'Abuya' atau 'Abe'. Berasal dari Felda Sahabat, Lahad Datu Sabah. Berumur 22 tahun (lahir tahun 1985). Beliau merupakan salah seorang dari saf pengawas (Pengawas Tarbiyyah).



Salam dari pengelola blog.

2 comments:
Reaksi: 

- Logo Madrasah Darul Bayan -


Assalamualaikum, salam perkenalan dari saya (Mohd Aizad Zulkifli), pengasas/founder blog ni. Tujuan saya buka blog ni adalah lebih kepada untuk merapatkan silatulrahim, ataupun lebih tepat, utuk mengabadikan pengalaman hidup belajar di 'pondok' / madrasah / pesantren. Khasnya untuk para penuntut di Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan, Kampung Pinang Merah, Paka, Terengganu Darul Iman. Tidak kiralah samada penuntut dari aliran Pengajian Pondok, atau Maahad Tahfiz.


Mohd Aizad Zulkifli


- Mohd Aizad Zulkifli -


Oke, itu je untuk kali ni. Salam ukhwah untuk semua.